Apple Watch Series 6 Lengkap Dengan Fungsi Sensor Oksigen Dijual Bermula RM1,749

Buah tangan terbaharu dari Apple iaitu Apple Watch Series 6 dilaporkan hadir dengan lebih banyak fungsi pemantau kesihatan yang membuatkan orang ramai teruja untuk memiliki.

Antaranya, peranti ini mampu mengesan secara automatik atau manual tahap oksigen dalam darah pemakainya dengan ketepatan bermula 70%-100% menerusi sensor Blood Oxygen. Bukan sekadar itu, kadar denyutan nadi juga boleh diukur bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit pernafasan seperti COVID-19 dan influenza.

Model baru Apple Watch bukan sekadar membolehkan ibu bapa memantau kedudukan anak-anak mereka, tetapi juga mempunyai fungsi pengesanan sekiranya orang tua terjatuh tau. Jadi kalau korang ada ahli keluarga yang tidak sihat, maka ianya sesuai sangatlah untuk dimiliki.

Didatangkan dengan rekaan tali baru, Apple bagaimanapun masih lagi mengekalkan rekaan sama seperti Apple Watch Series 4 dan 5 – saiz 40mm dan 44mm. Apple Watch Series 6 ini juga 2.5 kali lebih cerah dari Series 5 menjadikan pemakai mudah melihat skrin biarpun di bawah cahaya terik matahari.

Kredit: Insider

Menggunakan cip pemprosesan baru, prestasi Series 6 ini 20% lebih baik dari cip S5 yang digunakan pada Series 5. 

Dari segi badan jam pula dihasilkan dalam jenis aluminium dengan pilihan warna kelabu, perak, emas dan merah. Kalau nak eksklusif sikit, bolehlah beli yang jenis badan tahan karat sama ada berwarna graphite.

Tetapi penjualannya di Malaysia masih lagi belum diketahui bila. Cuma yang ada hanyalah harganya yang disenaraikan di Apple Store Online.

Read Previous

Oppo Hasilkan Jam Pintar Mirip Apple Watch

Read Next

Kolaborasi IKEA x ASUS’ ROG Hasilkan Perabot Khas Buat Kaki Gaming

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + seven =