Oppo Hasilkan Jam Pintar Mirip Apple Watch

Jenama telefon pintar yang semakin popular iaitu oppo bakal hadir dengan jam tangan pintar. Yang menariknya, jam tangan yang Oppo keluarkan ni hampir sama macam Apple Watch – bentuk fizikal.

Tapi perbezaan antara Oppo Watch dan Apple Watch secara jelas boleh dilihat dalam tawaran warna – Oppo Watch tersedia dalam warna biru, tetapi tidak Apple Watch.

Menggunakan Wear OS yang direka Google untuk kepelbagaian fungsi antaranya menggunakan aplikasi Google Pay dan Google Assistant apabila dihubungkan dengan peranti Android, jam pintar ini dah dilancarkan di pasaran antarabangsa pada bulan lalu dan akan memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi.

Didatangkan dengan dua model iaitu saiz 41mm dan 46mm, berikut merupakan perbezaan antara kedua-dua model tersebut.

Kredit: Gear Best
Kredit: Gear Best

Dijangka akan dijual dengan harga masing-masing sekitar RM913 (model 41mm) dan RM1,217 (model 46mm), tarikh pelancaran produk bagaimanapun masih belum didedahkan kepada umum.

Secara dasarnya melihat pada jadual perbezaan di atas, perbezaan antara kedua model ini tidaklah terlalu ketara. Namun tidak dinafikan tawaran warna untuk model 41mm lebih sesuai untuk pengguna wanita berbanding model 46mm yang saiznya lebih besar dan sesuai untuk pengguna lelaki.

Kredit gambar utama: The Verge

Read Previous

Hai Introvert! Ini 9 kerjaya paling sesuai utk korg

Read Next

Apple Watch Series 6 Lengkap Dengan Fungsi Sensor Oksigen Dijual Bermula RM1,749

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + 18 =