Hai Introvert! Ini 9 kerjaya paling sesuai utk korg

Portrait of smart girl with glasses covering her face with a book

Mesti ada antara kawan korg yg introvert kan? Diorg bukan anti sosial cuma kadang-kadang lebih selesa buat kerja sendiri atau tak berapa suka dengan org ramai-ramai ni. Kalau yg jenis extrovert pulak dia takde masalah jadi perhatian ramai. Memang diorg suka. So, apa kena mengena sama sifat introvert/extrovert ni dengan bidang kerjaya? Of coz la berkait. 

Ada kerjaya yang memerlukan kita banyak berinteraksi dengan orang. Kalau jenis yang payah nak bukak mulut depan org yg tak dikenali, macammana nak kerja client servicing atau mengajar dak. Tak sesuai la dan introvert akan rasa sangat tak selesa bila dlm situasi ni.

Introvert vs. Extrovert

Camner nak tau kita introvert?

Ada banyak test yg kita boleh buat utk tentukan kita ni introvert atau extrovert. Tapi biasanya kita sendiri dapat agak kita dlm grup yg mana. Persoalannya, adakah kerana kita ni introvert, potensi kita untuk berjaya dalam kerjaya berkurangan? Tidak sama sekali yer! Asal saja pilihan kerjaya tu tepat.

Dlm jawatan atau kerjaya tertentu, ada banyak traits pada introvert yang boleh outperform extrovert. Sebab individu yang tergolong sebagai introvert ni kelebihan diorg adalah lebih fokus dan kreatif.

So pada introvert sekalian, ini antara kerjaya yg sesuai utk korg.

Freelancer

Ini antara kerjaya paling sesuai untuk introvert sebab tak payah jumpa org secara face-to-face. Banyak komunikasi antara korg dengan client hanya melalui email atau call. Apa yg korg perlu ada cuma perlu skill (ni kena padu) yg kena dengan tugasan.  Barulah klien suka. Ada banyak platform yg support freelancer ni.  So boleh try ikut keselesaan korg.

Web Development

Permintaan utk web developer yg ada skill tahap dewa-dewa sekarang ni memang banyak. Introvert yg memang minat boleh try kerjaya ni. Tak kata extrovert tak boleh jadi programmer tapi takut tak tahan kerja sorang2 menghadap computer tu lama-lama.

Graphic Designer

Permintaan utk graphic designers sekarang ni pun banyak. Tapi kenalah kreatif lebih dari yg biasa pasal banyak juga persaingannya kat luar tu. Banyak company yg nak pakai designer base on project. Selagi boleh kejar deadline, apa salahnya tapau dua-tiga projek sekali jalan.

Accountant/Bookkeeper

Tak payah nak mengadap org sangat sebab hari-hari korg akan dipenuhi dengan nombor dan timbunan rekod kewangan.  Kalau jumpa org pun bila ada staff hantar claim, itu pun sorang-sorang. Belum pernah lagi nampak org hantar claim berjemaah ni.

Research Scientist

Day in day out duduk dalam lab menghadap mikroskop atau sample. Jarang la jumpa org. Kalau ada pun dua tiga org dalam lab yg sama. Biasanya diorg pun sibuk buat kerja masing2. Tak masa nak bersosial sgt ni.

Court Reporter

Pernah tengok kan drama yg ada adegan dlm mahkamah. Mesti ada kerani yang kerja dia menaip jer dlm tu. Bercakap pun tak. Angkat kepala tengok org pun jarang. Itulah steno-type reporter. Kerja dia transcribe semua percakapan dlm mahkamah pada kenyataan bertulis. Takyah ckp ngan sesiapa. Duduk situ buat kerja sendiri jer. Tapi tanggungjawab dia besar tau, tak boleh silap taip okay.

Aircraft Mechanic

Nama je mekanik, tapi yg ni special skit pasal kerja dia melibatkan enjin pesawat. Tak sama macam enjin kapcai tau. Yg ni perlu ikut kursus yg khas dan juga kena ada A&P license. Gila tak mencabar kau, enjin tu lagi besar dari korg. Kerja biasanya dlm kumpulan tapi tak ramai. Sesuai la kan.

Blogger/Writer

Korg rasa korg ada kelebihan menulis dan juga bercita-cita nak jadi usahawan. Ha, apalagi, memblog ler kite. Revenue dari iklan dan juga review bukan sikit yer. Walaupun yg ni bukan kerjaya yg mudah sebab amik masa nak bina follower base dan trust dari klien, tapi tak mustahil kalau nak buat.

Social Media Marketing

Kebanyakan tugasan dalam kerjaya ni hanya melibatkan komunikasi atas talian. Nama pun sosial media kan. Biasa cuma perlu maintain akaun sosial media dan siapkan content je. Nak jumpa org atau klien tu memang jarang la kan. Pasal introvert ni biasa sgt particular (even bende kecik2 pun) so tak de masalah nak perform dlm kerjaya ni.

Tak kisah la korg ni introvert atau extrovert. Ada jer kerjaya yg sesuai utk korg kat luar sana. Apa yg penting kena kerja keras dan enjoy apa yg korg buat. Ingat, resume kena power yer. Memanglah introvert tu sgt merendah diri tapi bila tulis resume tu kenalah tunjukkan pencapaian yg bagus supaya org tertarik. Good luck!

Kredit gambar utama: freepik.com

Read Previous

Mudahnya Jana Duit Dengan Hanya Jawab Soalan Dari Google

Read Next

Oppo Hasilkan Jam Pintar Mirip Apple Watch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + thirteen =