Motorola Kembali Lagi Dengan Model 5G Boleh Lipat

Trend telefon lipat dilihat menjadi semakin popular sejak tahun 2020 ini. 

Yang terbaru, telefon jenama lagenda Motorola sekali lagi memuat kemunculan telefon lipat dengan capaian rangkaian 5G iaitu Motorola Razr 5G. Untuk pengetahuan korang, model ini sebenarnya merupakan sekuel kepada model tahun lepas dengan pelbagai penambahbaikan.

Kredit: Motorola

Model ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 765G dengan storan 8GB RAM + 258GB. Penambahbaikan dilakukan pada bahagian engsel pelipat supaya mampu menampung kadar kekerapan pembukaan telefon pintar ini iaitu dengan kekerapan 200,000 bukaan = 5 tahun penggunaan biasa.

Saiz fizikal juga dibesarkan sedikit daripada model terdahulu sehinggakan ada yang tersalah sangka model ini merupakan model daripada Samsung Galaxy Z Flip jika dilihat secara sekali imbas.

Galaxy Z Flip (kiri) dan model baru Motorola Razr 5G (kanan). Kredit: CNET

Walaupun kapasiti bateri juga ditingkatkan daripada 2,510mAh kepada 2,8000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W, ianya tetap jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan model-model telefon pintar lain yang ada dalam pasaran.

Untuk kamera pula, hanya dua sahaja disediakan iaitu satu kamera utama 48MP dan kamera selfie dengan sensor 20MP.

Kredit: News Beezer

Setakat ini model telefon pintar ini hanya dijual di Amerika Syarikat dengan harga bermula USD1,400 (RM5,819). Kalau masuk Malaysia agak-agak korang nak beli tak?

Kredit gambar utama: Motorola

Read Previous

Gila travel? Jadi waterslide designer je lah

Read Next

#CancelNetflix – Netflix Hilang Lebih RM37 Bilion Selepas Kontroversi Eksploitasi Kanak-Kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + thirteen =