Gila travel? Jadi waterslide designer je lah

Baru habis satu trip, dalam kepala dah pikir nak travel ke mana lepas ni. Kira korg ni memang kaki jalan lah. Tak kira dekat atau jauh, mesti korg terjah. Apa kata buat duit dalam masa yg sama korg dpt tengok dunia. Camner? Pilih la kerja yg support minat travel korg tu. Serampang dua mata kan.

Pada kaki travel semua, ini 8 kerjaya yg sgt mengujakan utk korg pilih.

1. Travel Blogger

Rasanya ni lah kerja paling cool dan best sekali! Serius best. Mana idak nyer, travel blogger biasanya berpeluang utk tengok sendiri tempat-tempat eksotik kat serata dunia. Tulis pengalaman diorg dan dibayar untuk buat semua tu. Awesome kan. Biasanya travel agensi akan bayar blogger utk cover destinasi percutian yg diorg tawarkan. Ada juga hotel yg guna khidmat travel blogger ni utk tujuan marketing. Tak kisah la job apa yg korg amik, as long dapat travel tengok tempat yg kadang-kadang rare, why not kan.

2. Pemandu Pelancong

Kerjaya yg ni tak perlukan ijazah dlm sejarah atau geografi okay. Sapa2 yg nak boleh jer pilih kerja ni, janji rajin membaca dan kenal tempat tu. Maksud kenal tu secara kelseluruhannya tau. Bukan yg biashe-biashe jer, tapi kena tau yg luarbiase skit. Hidden gems gitew! Skill komunikasi kena power, peramah tu wajib. Cara korg present diri pun penting yer. Maklum pasal korg kena jumpa ramai org. First impression matter!

3. Pramugara/pramugari

Prague, Istanbul, Dubai atau Tokyo. Kalau korg rasa nak terbang ke destinasi idaman tu free, kerja ngan airlines la. Jadi flight attendant. Boleh pusing satu dunia weh. Bukan tu jer, working hour kerja ni pun rendah berbanding kerjaya lain. Tak kisah la janji dapat  jenjalan tengok negara org sambil buat duit ye dak.

4. Atendan Pelayaran

Kalau kerja atas awan tak menarik bagi korg, apa kata kerja kat laut pulak. Tak, bukan nelayan, tapi cruise attendant. Kerja atas kapal cruise macam kat Star Cuise tu. Dapat juga travel the world. Setiap pelabuhan yg korg singgah mesti lebih spesel dari lapangan terbang.

5. Juruterbang

Of coz la! Gaji pun boleh tahan. Boleh start dengan airlines utk kumpul pengalaman. Lepas tu korg cuba lah jadi private pilot. Glemer sgt!

6. Waterslide Designer

Yang ni mungkin jarang sikit kita dengar. Tapi pada org yg selalu travel untuk melawat taman tema air kat merata tempat, boleh pilih kerjaya ni. Cuma yg ni kenalah ada kelulusan dalam bidang kejuruteraan. Awesome giler! Boleh design waterslide ikut suka korg, memang syok.

7. Wartawan

Jgn la fikir utk jadi wartawan dlm Malaysia jer, cita-cita kena tinggi.  Aim high people! Bina repo dulu kat Malaysia then apply la dengan media antarabangsa cam BBC ke, CNN ke, Al-Jazeera ke. Kalau korg fikir kerja wartawan bahaya, jgn la pilih tuk cover topik berat cam politik atau perang. Ada banyak lagi cabang penulisan yg korg boleh pilih macam sukan atau kebudayaan.

8. Penterjemah

Boleh travel ke merata dunia atas tiket diplomatik! Lagi banyak bahasa yg korg kuasai lagi besar peluang yg ada. Jaga-jaga, jgn salah translate pulak. 

Kredit gambar utama: Erik Odiin@Unsplash.com

Read Previous

Huawei Tawar Pakej Pelan Ansuran Serendah RM5.20 Sehari Tanpa Bayaran Tambahan

Read Next

Motorola Kembali Lagi Dengan Model 5G Boleh Lipat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 2 =