Filem Cuties yang baru sahaja dilancarkan pada 9 September lalu telah menyebabkan kata kunci #CancelNetflix menjadi trending di laman media sosial.
Tindakan memboikot platform penstriman popular itu adalah kerana dakwaan Netflix telah mengeksploitasi kanak-kanak dengan melakukan normalisasi seksualiti sehingga membuka ruang kepada kelompok pedofilia untuk melakukan jenayah.
Mengisahkan mengenai Amy, seorang gadis Muslim berusia 11 tahun yang memberontak dengan tradisi konservatif keluarganya memilih untuk menyertai kumpulan tarian Cuties bagi mencari ketenangan dan kebebasan, fesyen yang terlalu
Biarpun ianya adalah idea yang diperoleh daripada kisah benar, pengarah filem Cuties, Maimouna Doucoure dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan supaya melihat filem tersebut dari kaca mata pengalaman zaman kanak-kanak dan bukannya watak-watak gadis tersebut.
Pemboikotan tersebut nyata memberikan kesan kepada Netflix kerana dalam tempoh masa beberapa hari Netflix sudah pun kehilangan lebih RM37.38 bilion selepas kempen #CancelNetflix dilancarkan pengguna internet.
Malah satu petisyen telah dinaikkan di Change.org yang meminta agar orang ramai membatalkan langganan mereka terhadap Netflix dan menggesa agar Netflix menurunkan filem tersebut daripada platform mereka.
Walaupun sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka, namun setakat ini Netflix masih lagi tidak menurunkan filem tersebut daripada platform dan hanya mengemas kini deskripsi serta gambar poster promosi sahaja.