Perubahan gaya hidup berteknologi menjadikan peranti elektronik sebagai sesuatu yang wajib dimiliki kerana boleh membantu pengguna dalam menguruskan kehidupan seharian. Tapi nak ke arah gaya hidup berteknologi ini agak sukar, tambah-tambah lagi bila status kewangan yang terhad.
Tapi dengan pakej terbaru daripada Huawei, peminat kini boleh mendapatkan peranti-peranti Huawei dengan bayaran ansuran harian serendah RM5.20/hari tanpa perlu mengeluarkan bayaran tambahan.
Antara peranti terbaru yang ditawarkan dalam pelan ini ialah Huawei Watch Fit dan FreeLace Pro yang sudah pun mula dijual di semua cawangan seluruh negara Huawei Experience Stores dan juga platform online Huawei Store.
Pakej pelan ansuran 0% yang ditawarkan menerusi kempen Huawei Together 2020 membolehkan korang memiliki Huawei nova 7 SE, FreeLace Pro dan Watch Fit dengan cara pembayaran secara ansuran dalam tempoh 12 bulan.
Jika korang berminat untuk terus membeli tanpa bayaran ansuran, boleh je dapatkan dengan pembelian secara lumsum; Huawei Watch Fit – RM499 dan Huawei FreeLace Pro – RM399.
Kalau ada juga antara kawan-kawan korang yang berminat dengan Huawei Watch Fit, bolehlah beli sekali sebab untuk pembelian 2 unit ke atas, korang akan diberikan rebate RM100 serta merta tau!
Yang itu untuk pakej Sport. Ada juga beberapa pakej lain yang ditawarkan sesuai dengan penggunaan masa kini, antaranya:
Kredit gambar utama: Forbes