Semenjak PKP dilaksanakan, orang ramai mula memilih platform pembelian online sebagai pilihan untuk membeli belah kerana risiko untuk terkena jangkitan wabak COVID-19 adalah rendah.
Terbaharu. Menurut sumber Harian Metro, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan kerajaan kini dalam cadangan bagi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02% kepada pembelian secara online termasuklah platform popular Lazada dan Shopee.
Bagi senang untuk korang kira, caj yang akan dikenakan menurut sumber Bernama:
- 20 sen untuk pembelian bawah RM1,000.
- 40 sen untuk pembelian atas RM1,000. Setiap gandaan RM1,000 akan dikenakan tambahan 20 sen.
- Tiada caj untuk pembelian RM200 ke bawah
Walau bagaimanapun, caj tersebut masih belum ditetapkan nilai pembelian minimumnya kerana masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentang. Menurut Zahidi, pengenalan cukai ini akan digunakan untuk mengukuhkan lagi keselamatan siber.
Disebabkan pembeli online tak dikenakan cukai, maka kata Zahidi ianya telah menyebabkan kerugian dan ketirisan pada hasil kerajaan. Jadi kalau nak kenakan cukai prosesnya agak rumit maka pihak beliau pun bercadang mahu perkenalkan caj perkhidmatan ini.
Tambah Zahidi lagi, kos penambahbaikan komunikasi memerlukan perbelanjaan yang besar dan untuk mengelakkan banyaknya berlaku serangan siber, sistem keselamatan perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan bagi mengelakkan ianya berlaku.
Dalam bahasa mudahnya untuk tanggung kos tersebut, cukai online shopping dikenakan kepada pembeli.
Sedangkan kos untuk pengukuhan keselamatan sepatutnya ditanggung oleh pihak telco – caj penggunaan internet. Malah sistem keselamatan untuk transaksi online juga sepatutnya ditanggung sendiri oleh pihak platform penjualan dan bukannya pembeli.
TERKINI:
Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada sebarang cadangan dilakukan untuk mengenakan caj perkhidmatan untuk pembelian online seperti yang dinyatakan Zahidi.