Asyik study jer, perut kena layan jugak. Camner nak focus kalau perut lapar kan. Tapi kalau hari-hari makan nasi campur bosan juge. Sesekali nak la makan kat tempat yg spesel skit. Boleh up gambo makanan yg buat member bilik sebelah jeles.
Korg usha la 5 spot makan kat bawah ni. Deliciousss!
Kopimeo Cafe
Kafe gaya hipster kat Seksyen 9 Shah Alam ni makanan dia sedap-sedap belaka.
Yang menariknya, ada few menu unik yang korg memang takkan jumpa kat tempat lain la. Tak caya?! Try la order menu cam spaghetti ikan masin ngan spaghetti udang masak lemak kat kedai tom yam belakang kampus korg. Memang tak dapat derr! Saiz hidangannya pun tak mengecewakan, berbaloi la. Dah nama pun Kopimeo, korg kenalah rasa kopi diorg. Cergas mata nak sambung study hahaa.
Restoran Bisik Bisik
Shout out to all Johorian! Yang mana dah lama tak travel balik ke selatan boleh la lepaskan rindu pada makanan femes Johor kat sini.
Nama restoran ni Bisik Bisik. Kat Seksyen 7 Shah Alam jer. Menu padu kat sini of coz Mee Bandung Udang Galah. Seyes puas hati kalau korg tengok saiz udang dia. Meleleh! Kalau tak korg boleh jugak try kambing bakar ‘beracun’ (tak sure la apa yg beracun sgt tu), kacang pool dan jgn lupa nasi ambeng.
K Fry Urban Korean IOI City Mall
Nak fefelin cam drama Korea, tuju ler K Fry Urban Korean kat IOI City Mall. Untuk yang masih dalam mood explore masakan Korea pula, sekali cuba makan di kedai ini pasti tak cukup. Sedapppp! Yang bestnya, saiz hidangan tu bukan alang2 yer. Kalau tak kena gaya tak boleh jln sebab kekenyangan tau. So, make sure tank kosong a. Hidangan ayam kat sini memang sangat crunchy dan juicy.
Menu mesti cuba? Try la Nyangpa Blossom (bawang goreng tepung), K Fry Chicken Wings, Anchovies Tuna Rice Ball ngan Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Resepi semua dtg dari Korea okay, asli tau.
Pak Uda Kitchen & Grill
Tetiba terliur nak makan makanan ala barat tapi tak nak poket rabak. Ha korg kena try singgah kat Pak Uda Kitchen & Grill kat Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves. Konsep restorannya klasik moden. Apa yg uniknya, bukan deko dia je ikut tema, menu dia punya nama pun unik der. Semua amik nama sempena nama selebriti Hollywood tahun 70-90an.
Ada Madonna Cheesy Chicken Chop, Bon Jovi Salmon Fish dan banyak la selebriti lain. Diorg pun ada sajikan pelbagai masakan pasta, lamb chop dan signature snek mereka iaitu Pak Uda Special Nachos Snek.
Megi Ketam Bistro
Megi ketam bro! Dengar pun dah meleleh air liur. Kat Megi Ketam Bistro, Taman Perindustrian IKS, Taman Batu Muda ada macam-macam pilihan megi ketam. Ikut suka korg la nak try Megi Ketam Nipah, Megi Ketam Laut, Megi Ketam Seafood, Megi Ketam, Megi Ketam Scallop atau Megi Ketam Sotong. Harga memang cun! Kira masih dalam bajet la. Dari serendah RM7 hinggalah RM55 bergantung pada menu ketam yang korg pesan.
Kalau tak nak megi ketam korg boleh jer share reramai hidangan Shell Out berlada atau buttermilk. (pernah viral ni). Ramai retis makan kat sini tau. Mana la tau masa korg dtg ada plak retis, rezeki tu.