Mula diperkenalkan kepada umum sejak 1994, 2021 bakal menjadi sejarah apabila kumpulan Microsoft mengumumkan penghentian sokongan kepada browser ikonik Internet Explorer.
Sebelum ini, sokongan pada Internet Explorer 8,9 dan 10 diumumkan telah dihentikan pada awal 2016.
Menurut sumber Independent, bermula November 2020, sokongan pada Internet Microsoft 11 diumumkan akan dihentikan. Pada Mac 2021 pula, aplikasi Microsoft Edge Legacy yang diperkenalkan sejak 2015 tidak lagi akan menerima kemas kini ciri keselamatan baharu. Malah bermula Ogos 2021, tiada lagi sokongan Microsoft 365 pada Internet Explorer 11.
Menurut Microsoft, buat masa sekarang mereka masih lagi menyokong tiga browser iaitu Internet Explorer, Legacy Edge dan Edge tetapi dua daripadanya akan dihentikan sokongan menjelang tahun 2021.
Pastinya, berita ini menjadikan pengguna internet yang pernah menggunakan Internet Explorer bersedih. 25 tahun bersama Internet Explorer, kini 2021 menjadi permulaan kepada hilangnya browser ikonik ini.
Namun, kumpulan Microsoft memaklumkan penghentian browser ikonik ini akan digantikan dengan browser yang hampir sama cirinya dengan Google Chrome iaitu Microsoft Edge.
Kejatuhan Internet Explorer dikatakan berpunca daripada kedegilan Microsoft yang sering mengabaikan standard yang ditetapkan organisasi teknologi laman sesawang sehingga pernah digelar sebagai produk teknologi terburuk sepanjang zaman.
Disebabkan itu, ramai yang ‘melarikan diri’ ke Mozilla Firefox apabila ianya mula diperkenalkan pada tahun 2004 dan pada tahun 2008 pengguna beralih ke Google Chrome yang lebih kerap melakukan emas kini mengikut keperluan dan kehendak pengguna semasa.
Kredit gambar utama: Indian Express