Untuk golongan kurang profesional, pastinya akan timbul masalah terutamanya bila tak cukup pencahayaan. Timbul bayanglah, kulit muka berkilatlah. Bila tengok hasil memang tak memuaskan.
Tapi kini, masalah bayang-bayang yang boleh ‘mencacatkan’ gambar boleh dihilangkan dengan automatik. Tak perlu risau lagi.
Satu kumpulan penyelidik dari Google, MIT dan Universiti California telah membangunkan satu AI yang mengesan secara terus bayang-bayang pada gambar portrait dan membuangnya supaya gambar pengguna lebih kelihatan sempurna tanpa gangguan.
Beribu-ribu gambar telah dijadikan sebagai kajian dan hasilnya mendapati AI yang dicipta ini memang betul berkesan, namun ada sedikit ketidaksempurnaan kerana ujian masih di peringkat awal.
Pada pandangan peribadi, bila tengok video ujian yang dijalankan, rasa macam pelik pula. Seolah-olah gambar macam tak cukup sifat. Tapi tak salah kan kalau nak cuba, kena sesuaikan ikut situasi.
Kredit gambar utama: Shutterbug