Ini Cara Pengguna Windows 10 Dapatkan Semula Fail Yang Terpadam

Masalah fail terpadam bukanlah satu masalah yang baru, terutamanya dalam kalangan pelajar. Kadang-kadang fikiran entah ke mana menyebabkan tanpa sengaja terpadam fail yang penting. Lepas tu mulalah gelabah, lagi-lagi bila deadline dah dekat.

Tak perlu risau, untuk pengguna Windows 10, lepas ni korang hanya perlu gunakan cara ni bagi dapatkan balik fail-fail yang terpadam tu.

Microsoft baru-baru ni telah perkenalkan aplikasi Windows File Recovery yang boleh dimuat turun secara percuma je. Bukan setakat dokumen, gambar, video dan sebagainya boleh korang dapatkan kembali.

Kredit: The Verge

Selain daripada dokumen yang terpadam dari hard disk laptop atau komputer, Windows File Recovery boleh juga dapatkan semula fail yang hilang daripada kamera, kad SD, pendrive dan sebagainya.

Cuma yang tak disokong adalah fail yang dikongsi melalui cloud storage atau network.

Nampaknya Recuva dah ada pesaing.

Kredit gambar utama: Bleeping Computer

Read Previous

TV Al Hijrah Tandatangan MoU Bersama ANIMAS

Read Next

OnePlus Nord Rasmi Dijual Dengan Harga RM1,799

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + thirteen =