Menjadi trademark Apple, setiap model terbaharu mereka akan dilancarkan pada bulan September. Namun untuk tahun ini, tradisi tersebut terpaksa diubah akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia sehingga menyebabkan gangguan kepada penghasilan model terbaru mereka.
Di Twitter, sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa siri iPhone 12 akan dilancarkan pada 12 Oktober hadapan.
Dikatakan bakal hadir dengan empat model, pengguna yang berminat untuk melanggan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max perlu menunggu sehingga November sebelum kedua-duanya ditawarkan secara rasmi di pasaran.
Antara yang pengguna nantikan untuk keluaran siri iPhone 12 ini ialah daripada segi peningkatan kualiti kamera selain penawaran warna baharu iaitu Navy Blue yang nampak lebih eksklusif dan menawan.
Bakal ditawarkan dengan harga serendah RM2,749 untuk model iPhone 12, kesemua model dalam siri ini menggunakan skrin OLED dengan spec lebih canggih iaitu cip pemprosesan Apple A14 dan sokongan kepada rangkaian 5G.
Rasanya kalau macam ni lah range harga untuk iPhone 12, bermakna ianya model kedua murah selepas iPhone SE yang dilancarkan pada April lalu mencatatkan sejarah apabila ditawarkan di bawah harga RM2,000 dengan spec cip pemprosesan yang hampir sama dengan iPhone 11 Pro.