Pernah tak korang terfikir, alangkah bagusnya ada alat yang boleh mengecas sendiri telefon bimbit tanpa perlu kita susah-susah bangun mengecas? Jika pernah maka inilah gajet terbaru yang perlu korang miliki.
Seiring dengan kemajuan teknologi, banyaklah pembaharuan yang dilakukan untuk memudahkan kerja harian manusia termasuklah penciptaan casing telefon yang mampu bergerak sendiri mencari pengecas apabila telefon sudah kehabisan bateri.
Makmal Biorobotik di Seoul National University telah membangunkan satu prototaip casing telefon berkaki lapan yang menggunakan gegaran untuk membawa telefon ke pad pengecasnya.
Reka bentuk dalaman casing:
Robot yang diberi nama CaseCrawler ini dikatakan mampu membawa muatan seberat 300g iaitu 13 kali lebih berat daripada berat badannya dengan pergerakan kelajuan 21cm per saat.
Masih lagi tiada maklumat lanjut daripada pihak makmal, fizikal robot ini dikatakan sedikit besar dan tebal daripada casing-casing biasa yang terdapat dalam pasaran. Akan tetapi ianya tidaklah sebesar casing bateri.
Tapi itulah buat masa sekarang prototaip ini hanyalah sesuai untuk mereka yang memiliki telefon yang menyokong pengecasan tanpa wayar sahaja.
Kalau korang memang guna telefon tanpa wayar pengecas, memang berbaloilah untuk miliki gajet pintar ni.
Tonton video eksperimen penggunaannya dalam video di bawah: