Celcom Tawar Pakej Unlimited Call & Internet Hanya RM12 Seminggu

Zaman teknologi digital kini semuanya memerlukan internet. Tak kisahlah untuk shopping, komunikasi atau permainan video semuanya kena ada internet. Jadi nak tak nak kenalah melabur untuk dapatkan pakej internet yang paling berbaloi supaya aktiviti seharian tak terganggu.

Korang masih pening fikir pakej apa yang nak guna? Atau masih berfikir nak tukar pakej mana yang paling berbaloi? Haaa, kami mungkin ada jawapannya.

Cuma bayar RM12 seminggu, korang boleh dapatkan unlimited internet dengan kelajuan 3Mbps dan pakej unlimited call ke semua rangkaian. Harga langganan untuk sebulan jauh lebih murah dari pakej langganan mingguan iaitu RM35 (harga asal RM48).

Bukan itu je, korang akan dapat lagi hotspot percuma 1GB (mingguan) dan 3GB (bulanan). Kalau nak tambah data hotspot hanya bayar RM1 (1GB) untuk sehari dan RM3 (5GB) untuk tiga hari.

Tak perlu risau dengan network sebab rangkaian luas 4G Celcom di Malaysia membolehkan korang nikmati pelan ini tanpa had.

Nak tengok Netflix? Tak payah risau pasal data cepat habis. Sama juga macam kaki YouTube. Lepas ni, bolehlah tonton sampai lebam. Jimat habis dengan pakej ni.Untuk makluman lanjut, bolehlah layari website CELCOM.

Read Previous

Mug Warmer Pad, Gajet Wajib Milik Buat Penggemar Minuman Panas

Read Next

Tiada Lagi Masalah Habis Bateri, Casing Ini Mampu Merangkak Sendiri Cari Charger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × five =