Mug Warmer Pad, Gajet Wajib Milik Buat Penggemar Minuman Panas

Sambil-sambil buat kerja memang ‘layan’ sangat kalau dapat minuman suam. Tapi kadang-kadang tu bila terlampau khusyuk buat kerja sampai terlupa air dekat sebelah. Bila nak minum je dah sejuk.

Tapi jangan risau, dengan teknologi sekarang macam-macam masalah boleh selesai. Yang terbaharu dalam pasaran teknologi, antara produk yang tengah lit sekarang ialah pelapik pemanas cawan atau dipanggil sebagai ‘mug warmer pad’.

Kredit: Coffee Supremacy

Caranya mudah je. Sambungkan pelapik tadi dengan pengecas USB dan letakkan cawan anda di atas pelapik tersebut. Cawan akan dipanaskan dalam suhu antara 48°C hingga 71°C.

Mana nak dapat? Cari je dekat Shopee atau Lazada, mesti ada punyalah. Range harga biasanya bermula dari RM10 dan boleh mencecah ratus RM ikut jenama, jenis dan fungsi yang korang pilih juga sebenarnya.  Ada yang sekadar lapik je, ada juga yang boleh adjust suhu.

Kredit: Pinterest
Kredit:Pinterest
Kredit: Pinterest

Jadi kalau korang jenis yang suka buat kerja sambil minum minuman panas, bolehlah beli satu sebagai peneman. Sambil buat kerja, sambil-sambil tu juga hirup kopi panas memang asyik.

Kredit gambar utama: Spy

Read Previous

Realme C11 Kembali Dengan RAM Lebih Besar Dengan Perbezaan Harga Hanya RM50

Read Next

Celcom Tawar Pakej Unlimited Call & Internet Hanya RM12 Seminggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 7 =