Ada bajet RM500 je? Boleh ke nak beli smartphone zaman sekarang ni?
Ehhh, siapa kata dengan bajet RM500 korang tak boleh dapatkan telefon yang power tau. Yang penting baru bukan second-hand.
Ini senarai telefon yang boleh korang usha-usha kalau ada bajet RM500 je.
Realme C2 (RM399-RM450)
Boleh dikatakan agak baru, telefon ni keluar masa tengah 2019. Datang dengan dua warna iaitu Diamond Blue dan Diamond Black, Realme C2 didatangkan dengan cip pemprosesan Mediatek MT6762 Helio P22.
Pilihan storage pula sama ada 2GB RAM + 16GB atau 3GB RAM + 3GB. Kalau untuk kamera pula 13MP (kamera utama) dan 5MP (bahagian depan). Bateri Realme C2 ni sama je macam banyak-banyak bateri yang ada iaitu cuma 4,000mAH je.
Vivo Y11 (RM499)
Telefon Vivo dah semakin ramai penggunanya sejak-sejak Siti Nurhaliza dengan Janna Nick jadi duta produk.
Ada dua pilihan warna iaitu Coral Red dengan Jade Green, telefon dengan saiz 6.35 inci ini gunakan cip pemprosesan Snapdragon 439 dengan storage 3GB RAM + 32GB. Bateri Vivo boleh tahan besar iaitu 5,000mAH. Senanglah tak perlu bawa powerbank ke mana-mana.
Redmi 9 (RM499)
Redmi 9 memang telefon bajet paling power buat masa sekarang. Dengan harga bawah RM500 spec yang Xiaomi tawarkan memang bukan calang-calang.
Dengan cip Mediatek Helio G80, bateri sebesar 5,020mAH, tambah pula dengan sokongan pengecasan pantas memang wajiblah korang pilih telefon ni dengan bajet RM500 je. Walaupun kamera utama cuma 13MP F2.2, jangan lupa dia ada sekali kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera mikro 5M F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4 dan 8MP untuk kamera depan.
Boleh pilih nak yang 3GB + 32GB atau 4GB + 64GB. Kalau yang 4GB RAM tu kena tambah sikit lagilah bajet dalam RM99.
Redmi 8A (RM350-RM449)
Redmi memang banyak keluarkan telefon bajet mampu milik. Macam Redmi 8A ni bateri dia sebesar 5,000mAH dilengkapkan dengan kamera depan 8MP dan 12MP untuk kamera utama. Gunakan cip pemprosesan Qualcomm SDM439 Octa-core, tiga jenis warna ditawarkan iaitu Midnight Black, Ocean Blue dengan Sunset Red. Storage RAM yang tersedia pula sebesar 2GB dan 3GB dengan 32GB storage dalaman.
Neffos X20 (RM449)
Untuk harga RM449, Neffos X20 memang agak berbaloi dimiliki. Design luaran nampak mahal dan elegen didatangkan dengan tiga warna iaitu purple, merah dan biru. Spec untuk kamera ialah 13MP dan 5MP dengan cip pemprosesan MediaTek Helio A22. Untuk storage, Neffos X20 gunakan 2GB RAM + 32GB dan kapasiti bateri 4,100mAH.
Dah kami senaraikan sampai lima jenis telefon, takkanlah satu pun tak berkenan? Siapa kata dengan RM500 tak boleh dapat telefon pintar baru dengan spec yang power?
Kredit gambar utama: Hello Kerja