Mi Band 5, Gadget Pintar Dengan Harga Mampu Milik

24 Julai lalu, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan satu lagi gadjet terbaharu mereka iaitu Mi Smart Band 5 dengan tawaran harga mampu milik iaitu RM169. 

Hadir dengan skrin 1.1-inci AMOLED berwarna, ada beberapa sebab kenapa gelang tangan pintar ini perlu dimiliki oleh kumpulan yang bergelar pelajar atau graduan antaranya sensor pemantauan kadar denyutan nadi lebih power dan pelbagai tema muka jam yang menarik.

Kredit: CDN

Yang penting, Mi Band 5 tak perlu tanggalkan tali semata-mata nak caj bila bateri habis sebab sekarang Mi Band 5 hadir dengan pengecasan magnetik. Kalau daripada segi ketahanan bateri pula tahan sampai 14-20 hari. Lama kan?

Boleh digunakan oleh pengguna Android dan iOS, Mi Band 5 ditambah lagi dengan beberapa aktiviti sukan selain daripada pemantau kadar stress.

Untuk satu gelang tangan pintar yang semakin banyak tambah baik, tak rugi kan kalau student nak grab? Tak tahu nak beli dekat mana? Shopee dengan Lazada kan ada, semuanya pakai online je.

Read Previous

5 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia

Read Next

Dengan Bajet RM500 Boleh Dapat Telefon Apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + 7 =