Jangan Termenung Lagi! 9 Bisnes Student Boleh Buat Untuk Tambah Income

Dulukan guys, waktu zaman Abang Jim study kat universiti dulu, ada jugak laaa sekali dua terpaksa ikat perut sebab takde duit nak makan. Benda ni actually perkara biasa yang akan dilalui oleh kebanyakan student kat universiti.

Soal tak cukup duit belanja dah jadi perkara lumrah untuk setiap pelajar. So masing-masing kena cari alternatif sendiri macam mana nak survive. Abang Jim memang segan waktu tu nak meminta-minta kat family. Yer laaa kita pun faham keluarga kita bukannya orang senang. So nak tak nak, kena pandai-pandai cari duit poket. Sekarang ni dah macam-macam cara korang boleh buat untuk cari duit poket sendiri walaupun waktu tengah study kat universiti.

Cara Abang Jim nak survive dulu, Abang Jim gunakan kelebihan bakat yang abang ada, iaitu jadi penari. Bukan penari kaberet tau! Maksud Abang Jim, dulu kat universiti abang join kelab kebudayaan universiti jadi artis budaya. Masa jadi penari tu, dapat laa sikit elaun latihan. Bila ada mana-mana pertandingan untuk mewakili universiti, Abang Jim dengan kawan-kawan yang lain akan buat bersungguh-sungguh sebab first memang nak menang, so dapat laa harumkan nama universiti. Second, kalau menang sah-sah dapat duit. Walaupun tak banyak janji dapat laa juga sikit duit poket.

Waktu weekend, show CARMA (cari makan) memang tak putus-putus pihak hotel panggil, atau pun ada mana-mana organisasi minta buat show. Dapat lagi duit kat situ. Alhamdulillah, sikit-sikit dapat laa jugak menampung duit belanja masa study dulu. Tapi walau sesibuk mana pun cari duit waktu tu, pelajaran Abang Jim tak abaikan dan tetap dengan matlamat utama masuk universiti.

So kat sini, Abang Jim nak bagi idea untuk korang macam mana nak cari sikit duit poket masa kat universiti dengan cara berniaga kecil-kecilan. Banyak benda yang korang boleh buat sebenarnya.

Jualan makanan (kerepek, nasi lemak, sosej, keropok lekor)

Masa kat universiti dulu, ada jugak kawan-kawan Abang Jim bisnes jual makanan. Macam- macam yang diaorang jual asalkan boleh jana income. Macam yang kawan Abang Jim buat, dia jual nasi lemak bungkus. Tak mahal pun RM1 jer. Berpatutan laa untuk harga student. Nasi lemak pun lengkap ada telur, ikan bilis, timun dan yang penting sambal sedap. Caranya, dia just letak jer nasi lemak tu kat dalam bakul beserta bekas duit, pastu letak kat tangga-tangga utama di hostel. Cara macam ni kadang-kadang korang kena redha sikit sebab nasi lemak habis, tapi duit tadak! Hampeh dah ambik tanak bayor plak. Tapi takpe laa. Selain tu korang gak boleh jual makanan ringan macam nugget, sosej dan keropok lekor. Tapi depends jugak laa, ada universiti dia tak bagi student dia berniaga atas beberapa factor. Tapi kalau kalau korang buat sesenyap, boleh jer..Ehh!

Bisnes Online/dropship

Bisnes Online sekarang ni memang dah jadi trend masa kini tak kisahlah untuk sesiapa pun. Daripada suri rumah, student bahkan untuk korang yang dah bekerjaya pun, tetap boleh buat bisnes dalam talian ni. Untuk student macam korang lak, bisnes online ni tak perlukan modal yang besar dan masa yang banyak. Mostly untuk student, diaorang suka buat bisnes berasaskan kosmetik untuk yang perempuan. Tudung pun yer jugak. Yang lelaki pulak biasanya jual baju jersey, kasut. Makanan pun boleh buat secara online tau. Macam ada sorang member Abang Jim ni, dia jual kerepek pisang keju secara online sebab dia jadi dropship, bukan agen pun. Boleh tahan jugak masyuk income bulanan dia. Risiko pun kurang kalau jadi dropship. So why not?

Baca juga artikel ini: Duit PTPTN! Apa yang student selalu buat ek?

Servis pengangkutan/sewa kereta

Bisnes ni untuk korang yang ada transport sendiri macam kereta atau motosikal. So korang boleh buat servis pengangkutan atau lebih dikenali sebagai transporter. Caj tambang biasanya mengikut jarak perjalanan selain ikut pada kadar semasa. Tapi sebelum tu make sure korang kena mahir memandu dan selok-belok jalan. Korang gak boleh sewakan kereta korang tu mengikut kelapangan waktu korang. Duit tu nanti boleh jugak bayar duit bulanan kereta.

Runner (servis penghantaran)

Korang suka merayapkan? Dah alang-alang tu, apa kata kalau korang jadi runner jer terus. Sambil berjalan, sambil cari duit. Kerja ni pun mudah dan memang jadi pilihan student terutamanya pelajar lelaki yang ada motosikal. Dalam kalangan student sendiri pun ramai yang takde masa nak keluar beli makanan atau barangan keperluan, so khidmat korang memang sangat-sangat diperlukan.

Freelancer

Jadi freelancer adalah salah satu bisnes yang pelajar paling suka nak buat. Freelancer ni macam yang Abang Jim ceritakan tadi tentang pengalaman jadi penari. So korang boleh manfaatkan kemahiran yang korang ada contoh dalam bidang bahasa atau penulisan. Korang boleh lakukan beberapa pekerjaan secara sambilan contoh macam jadi penulis, novelis, penterjemah, editor, pereka dan macam-macam lagi. Selain boleh buat duit, korang jugak boleh asah kemahiran yang korang miliki tu.

Personal shopper

Untuk yang kaki shopping tu, pekerjaan ni memang sesuai untuk korang. Korang boleh ambil upah belikan produk daripada jenama-jenama tertentu untuk dihantar kepada pelanggan. Korang boleh caj perkhidmatan dan penghantaran berdasarkan kuantiti barang jarak yang korang kena tempuhi. Kalau bernasib baik, korang akan dapat pelanggan yang baik hati dan memberikan wang tip kat korang.

Tutor peribadi

Jadi tutor ni tak semua student boleh buat. Orang yang ada ciri-ciri tertentu jer. Kalau Abang Jim, ajar sekali tak paham, memang naik hantu laa jawabnyer. Hahahah! Malaysia ni memang banyak sangat exam. UPSR, PT3, SPM, STPM. Kalau korang mahir dalam subjek-subjek tertentu, why not? Korang boleh sediakan khidmat tutor atau tusyen pada pelajar sekolah ataupun kat kawan-kawan seuniversiti. Korang just kenakan bayaran mengikut jam, tapi jangan mahal sangat. Selain tu, kalau korang pandai mengaji dan ada ilmu pengetahuan dalam ilmu agama, korang boleh gak ngajar orang yang memerlukan. Ambillah upah seikhlas hati. Income dapat, pahala pun dapat.

Servis Top-up

Pelajar memang sangat memerlukan top-up. So kalau korang buat servis top-up ni memang sangat berbaloi. Walaupun untung yang korang dapat tak banyak, tapi atleast boleh juga menampung duit makan minum masa kat universiti nanti. Bukan setakat boleh meringankan beban pelajar lain tak payah susah-susah nak ke kedai, korang pun dapat kurangkan beban diri sendiri.

Servis kemas bilik/baju

Mostly pelajar memang sibuk dan takde masa nak kemas bilik sampaikan baju sendiri pun tak tercuci. Ambil peluang ni untuk korang buat duit. Korang boleh buat servis kemas bilik atau cuci baju pada waktu lapang. Walaupun agak penat, tapi upahnya agak lumayan. Tapi janganlah kenakan upah macam servis kat kedai dobi tu, kesian kat pelajar lain.

Sebenarnya banyak lagi cara korang boleh jana income waktu belajar. Korang boleh kerja partime kat kafe jadi tukang cuci pinggan atau jadi pembantu lecturer. Semuanya terpulang pada keupayaan dan minat masing-masing. Yer laa daripada korang duduk saja-saja tak buat apa-apa, baiknya korang buat sesuatu yang boleh menjana pendapatan.

Baca juga artikel ini: Nak belajar sampai PhD? Boleh ikut tip berikut

Read Previous

Nak Tengok Wayang Dengan Harga Murah? Ikut Cara InI!

Read Next

Ini Kucing Ke Bantal? Kenapa Demok Sangat Neh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × five =