Nak belajar sampai PhD? Boleh ikut tip berikut

Ramai yang bercita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga mendapat gelaran Doktor Falsafah (PhD). Tapi semuanya terpulang pada keinginan dan kehendak hati seseorang.

Kalau min sendiri, dah lebih 10 tahun meninggalkan dunia kuliah selepas tamat peringkat Ijazah Sarjana Muda. Niat untuk menyambung pelajaran itu masih ada, cuma masa yang akan menentukan.

So kali ni, min akan share sedikit perkongsian tip oleh Dr. Mohd. Farizul Mat Ghani tentang 9 tip untuk sambung Master atau PhD (Full Research). Dr. Mohd. Farizul merupakan pemenang Award Graduate On Time (GOT).

  • Kenal pasti permasalahan kajian

Senaraikan tajuk-tajuk yang ada dalam minda anda. Kenal pasti dan highlight tajuk yang paling dekat dan yang paling anda tahu tentang tajuk tersebut. Kaitkan dengan isu terkini atau sertakan sekali dengan kontroversi jika ada. Mungkin tajuk tersebut boleh menjadi antara isu yang mencetuskan kepada terbentuknya sebuah kajian. Pastikan kajian tersebut mempunyai sebab dan alas an yang kukuh.

  • Siapkan proposal

Jangan bertindak gopoh untuk mendaftar Master atau PhD. Sebaiknya siapkan dahulu proposal dengan membuat rujukan pada proposal terdahulu. Maka rajin-rajinlah pergi ke perpustakaan untuk merujuk pada thesis yang berjaya. Buat kajian daripada bab 1 hingga bab 3 kerana itulah dia proposal. Kalau tak tahu, belajarlah cara penulisan proposal. Proposal yang jelas sangat membantu untuk memohon biasiswa dan memendekkan tempoh pengajian anda.

  • Cari penyelia

Buat sedikit kajian siapakah pensyarah di jabatan atau fakulti yang bersesuaian dengan kelulusan sarjana yang ada. Lagi mudah kalau calon tersebut adalah bekas pensyarah anda terdahulu. Bincang dengan mereka berkaitan dengan skop kajian, jenis kajian dan lain-lain. Jalinkan hubungan yang baik dengan penyelia anda ok.

  • Pergi ke perpustakaan

Kalau anda blank, bukalah library online untuk buat rujukan yang sedia ada. Bila dah dapat idea, cari hasil kajian terdahulu. Contoh apabila anda berminat dalam sesuatu kajian itu, cari kata kunci yang berkaitan dengan kajian yang anda ingin lakukan. Baca kajian-kajian tersebut dan buat kesimpulan untuk memudahkan anda faham.

  • Kenal pasti permasalahan kajian

Kenal pasti kenapa anda hendak membuat kajian tentang tajuk tersebut dan kaitkan dengan isu terkini dan kontroversi yang timbul. 

  • Siapkan proposal

Pergi ke perpustakaan dan belek thesis yang telah berjaya. Lihat dan fahamkan makna pada bab pertama kerana ia berkaitan dengan proposal. Sertai bengkel-bengkel penulisan proposal kalau nak dapat hasil yang lebih baik.

  • Setelah siap proposal

Tunjukkan kepada penyelia yang telah anda pilih sendiri. Berfikan draf proposal yang telah anda buat untuk dinilai dan diperiksa. Terima kritikan dan saranan daripada penyelia anda untuk dibuat pembetulan. Kadang-kadang perkara ini perlu dibuat berulang-kali sehinggalah penyelia tersebut berpuas hati. Minta pandangan daripada penyelia lain sebab kemungkinan besar mereka juga ada sewaktu anda membuat pembentangan.

  • Daftar

Bila dah siap proposal dan telah diluluskan, barulah anda boleh mendaftar dengan hati yang sedikit tenang. Jangan terburu-buru untuk mendaftar kerana untuk menyiapkan proposal akan mengambil masa yang agak lama. 

  • Kekalkan hubungan baik dengan penyelia

Menyambung pengajian pada peringkat PhD menyebabkan anda akan selalu berurusan dengan penyelia. Perjalanan anda dan segala persetujuan adalah secara bersama. Kalau boleh, jaga hati penyelia anda sebaik mungkin walaupun ada beberapa perkara yang mungkin anda rasakan tidak wajar. Jika penyelia anda berasa senang dengan anda, tidak mustahil dia akan senang hati juga untuk menghulurkan pertolongan.

Jika anda mendaftar setelah proposal disiapkan terlebih dahulu, anda akan mendapat tiga kelebihan iaitu:

  • Jumlah tahun rasmi belajar di Universiti tersebut
  • Kos yuran setiap sem yang perlu ditanggung
  • Tidak perlu menangguhkan mana-mana sem kerana masalah proposal

So, dah bersedia untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Min doakan semoga adik-adik min semua dapat mencapai cita-cita okey! Cayang ciked!

Read Previous

Sukar tidur? Cuba amalkan tip berikut untuk atasi masalah tidur malam korang

Read Next

Lelaki merajuk apa nak buat ni? Cuba 5 tip ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =