Memang Rare! Dompet pelajar yang hilang 63 Tahun Lalu Ditemui Kat Belakang Loker. Nak Tengok Isi Kandungannya?

Korang pernah kehilangan dompet tak? Biasanya kalau hilang memang tak ada laaa peluang untuk korang jumpa balik dompet tu. Sama ada dah dikebas orang, atau dah dibuang kat mana-mana tempat.

Abang Bob pernah sekali jer hilang dompet, tapi jumpa balik 2 jam kemudian sebab lupa letak kat mana sebenarnya. Hahahaha! Lawak tak? Ok tak.

Tapi, penemuan yang berlaku kat North Canton Middle School dekat Ohio, AS ni memang rare. Mana taknya, seorang penjaga sekolah tersebut telah menemui sebuah dompet milik bekas pelajar sekolah kat sini yang hilang sejak tahun 1957.

Ini bermakna, dompet tersebut telah ditemui semula selepas 63 tahun guys! Kalau  korang nak tahu, dompet milik pelajar perempuan bernama Patti Rumfola itu telah ditemui semula terselit di belakang sebuah loker.

Penemuan tak terduga itu terjadi selepas seorang penjaga sekolah nak baiki loker tersebut yang terletak rapat pada bahagian dinding.

So selepas loker tersebut dialihkan, tak sangka dia menemui sebuah dompet berwarna merah dan masih dalam keadaan elok kat celah diantara loker itu dengan dinding.

Hasil siasatan yang dijalankan pihak sekolah akhirnya berjaya mengesan semula pemilik dompet tersebut yang bernama Patti Rumfola. Bekas pelajar tersebut memang pernah melaporkan tentang kehilangan dompetnya pada tahun 1957.

Ibarat menemui sebuah peti harta karun, ramai yang teruja sebab nak tahu isi kandungan yang ada kat dalam dompet tersebut. Sebelum membongkar isi kandungan dompet tu, pihak sekolah telah cuba menjejaki waris keluarga pelajar tersebut.

Ternyata guys, barang-barang yang ada kat dalam dompet tersebut memang mempunyai nilai sejarah pada hari ini. Kat dalam dompet milik Patti itu terdapat alat solek berupa bedak dan gincu, sikat, pensil, kad keahlian perpustakaan, pemadam getah, beberapa gambar hitam putih serta gula-gula getah berperisa pudina yang masih elok!

Barang-barang yang ada kat dalam dompet tu memang masih terpelihara dengan baik. Malah ramai yang mengatakan bahawa dompet tersebut mungkin diperbuat daripada kulit lembu asli, menyebabkan barang-barang yang ada kat dalamnya masih kekal terpelihara.

Bagaimanapun, pemilik dompet tersebut iaitu Patti Rumfola dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Agak-agak, barang-barang yang ada kat dalam dompet tu diserahkan semula pada waris Patti atau disimpan oleh pihak sekolah untuk dijadikan koleksi bersejarah kat sekolah tu?

Read Previous

Adoiii Macam-Macam! Sabun Macam Ni Pun Wujud Kat Dunia Ni.

Read Next

Patutlah Awak Selalu Happy Jer Sebab Suka Aiskrim Vanilla Rupanya. Korang plak Suka Perisa Apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × five =