Adoiii Macam-Macam! Sabun Macam Ni Pun Wujud Kat Dunia Ni.

Adoiii macam-macam cara orang meniaga sebab nak dapat duit. Asalkan benda tu boleh dijual, nak-nak pula ada pengguna yang ‘bijak’, kompom barang yang dijual tu akan laku keras!

Abang Jim tak tahu laa sama ada nak ketawa ke tak pasal bisnes yang dijalankan oleh seorang lelaki kat Malawi yang juga merupakan seorang paderi bernama Shepherd Bushiri. Dia  ni telah menjual sejenis sabun yang didakwa boleh ‘membasuh’ dosa korang!

Sabun membasuh dosa itu telah diberi nama Lion of Judah atau turut dikenali sebagai Bushiri Soap. Apa yang menarik kat sini, orang yang pakai sabun tu pada waktu siang, bebas melakukan apa sahaja (dosa) sepanjang hari, dan mereka hanya perlu mandi menggunakan sabun tersebut pada waktu malam untuk membersihkan diri daripada dosa.

Alahaiiii boleh ke macam tu? Menurut laporan, sabun ajaib tu dijual pada harga AS$50 (RM210.27) untuk sebuku sabun.

Iklan sabun tersebut yang tular kat laman sosial telah menerima pelbagai komen dan kritikan daripada netizen.

Yer laaa! Sebab biasanya sabun digunakan untuk membunuh bakteria pada tubuh, tapi sabun yang ini special sikit sebab dia bukan sahaja boleh membunuh bakteria, tetapi juga boleh menghapuskan dosa.

Tapi guys, pembuat sabun tersebut yang juga penaung bagi pertubuhan Englightened Christian Gathering Ministries menafikan perkara tersebut.

Dia cakap iklan yang viral tu hanyalah propaganda yang dibuat oleh pihak lain dan telah menggunakan jenama yang sama untuk menjual sabun pencuci dosa tersebut.

Sabun penghapus dosa tu bukanlah produk pertama yang pernah menjadi kontroversi melibatkan Bushiri. 

Sebelum ni heboh apabila ada dakwaan mengatakan bahawa, bekas Timbalan Perdana Menteri Zimbabwe, Terence Mukupe  telah berjumpa dengan Bushiri dan telah memohon restu memohon supaya isterinya hamil. Tapi Bushiri menafikan dakwaan tu.

Macam-macam ek perangai manusia ni. Yang tidak-tidak jer. Kelakor!

Read Previous

Biar Betik?! Bahaya Makan Timun Dengan Makanan Bergoreng? (7/3)

Read Next

Memang Rare! Dompet pelajar yang hilang 63 Tahun Lalu Ditemui Kat Belakang Loker. Nak Tengok Isi Kandungannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − 9 =