Biar Betik?! Bahaya Makan Timun Dengan Makanan Bergoreng? (7/3)

Siapa yang suka makan nasi goreng? Mi goreng? Atau apa sahaja makanan yang digoreng? Nasi goreng pun ada macam-macam jenis tau. Nasi goreng biasa, nasi goreng cina, nasi goreng kampung, nasi goreng ayam. Haihh! Macam-macamlah!

Tapi, korang perasan tak setiap kali kalau makan nasi goreng ke atau mi goreng kat kedai, mesti orang kedai tu letak timun untuk syarat sebagai hiasan untuk masakan nasi goreng tu.

Tak salah pun guys letak timun untuk cantikkan lagi hidangan kat dalam pinggan tu. Timun pun sedap gak dimakan mentah-mentah selain ia mengandungi khasiat selain sifatnya yang menyejukkan badan.

Tapi, apa yang Abang Jim nak bagitahu dalam artikel ni ialah, walaupun timun baik untuk kesihatan kerana mengandungi gizi yang tinggi, tapi ternyata timun tidak boleh dimakan sesuka hati!

Senang cakap, Abang Jim nak bagitahu bahawa memakan makanan bergoreng yang dihidangkan bersama timun boleh membahayakan kesihatan. 

Abang Jim memetik laporan yang dikeluarkan oleh Science Daily hasil daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Basque Country yang mengatakan bahawa, minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng akan menghasilkan sejenis zat yang dipanggil aldehida pada makanan tersebut.

Apa yang membimbangkan, aldehida ni dikatakan cukup beracun dan ia boleh ditemui kat dalam minyak yang telah digunakan atau minyak berkualiti rendah.

So, jika seseorang makan makanan yang digoreng yang minyak recycle ni dan diambil bersama timun, akan berlaku proses kimia yang boleh menyebabkan keradangan pada tekak korang.

Keradangan tu terjadi sebab getah pada timun akan bertindak balas dengan kimia yang dihasilkan oleh aldehid dan mengakibatkan berlaku keradangan pada tekak.

Haaaa! Lagi memburukkan keadaan apabila aldehid merupakan penyebab utama kepada penyakit yang dipanggil neurodegenerative dan beberapa jenis masalah kanser lain yang berkaitan dengan saraf. Takut tak guys?

Tapi korang tak perlu bimbang sebab masalah tu boleh jer diatasi. Pastikan korang tidak menggunakan minyak goreng yang telah digunakan dan tercemar.

Selain tu, dalam kajian yang dibuat juga menyarankan supaya pengguna tidak menggunakan minyak daripada biji bunga matahari kerana kandungan lemaknya yang tinggi.

Itulah dia antara sedikit info yang dapat Abang Jim kongsikan untuk korang. Makanan sihat, penyakit terhindar. Moga bermanfaat untuk kita bersama ok.

Read Previous

Kucing Jantan Atau Betina, Siapa Yang Lagi Manja?

Read Next

Adoiii Macam-Macam! Sabun Macam Ni Pun Wujud Kat Dunia Ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =