Macam Real Doh! Suri Rumah Hasilkan Beg Bentuk Kucing Realistik

Comelnyer rasa macam nak peluk! Hey! Don’t touch my bag! Haaa..comel tak beg yang Sis pakai ni? Kalau korang pergi kelas pakai beg comel ni, Sis rasa beg korang lagi dapat perhatian berbanding korang walaupun muka korang persis Neelofa. Hahahaha! Sebab omey angat-angat!

Kalau korang nak tahu, beg berbentuk kucing ni dihasilkan oleh seorang suri rumah yang juga merupakan seorang pereka. 

Beg yang dia hasilkan tu memang nak real sejibik macam kucing betul! Sebab tu ramai yang geram tengok beg tersebut.

Suri rumah tu dikenali dengan nama Pico dan dia buat beg kucing tu sebab dia ada banyak masa lapang. Sebenarnya Pico ni pernah menjadi terkenal dan mendapat perhatian media lima tahun lalu selepas gambar beg berbentuk kucing yang dia hasilkan tular dan mendapat perhatian pengguna media sosial kat Jepun.

Lama kelamaan, beg berbentuk kucing realistic tu tersebar ke luar negara hingga ada pembeli yang ingin membelinya.

Disebabkan ada permintaan dari luar negara, Pico terpaksa memberitahu bahawa beg kucing yang dia hasilkan itu hanya dijual di pasaran Jepun sahaja. Alaaaa sayangnyer!

Korang yang nak tengok hasil kerja yang dibuat oleh Pico boleh tengok kat dia punya Twitter @picopoco08 atau kat Instagram @nekoseisaku_pico. Serius lawa guys!

Yang terbaru, Pico baru siapkan sebuah beg berbentuk kucing berwarna putih yang memang nampak real. Dia punya sebijik sama macam kucing sebenar tu sampaikan ada orang kata Pico telah menggunakan kucing yang telah mati, dan mengawetnya untuk dijadikan beg. Hahahaha!

Pada tahun 2015, Pico pernah menyertai acara lelongan yang dianjurkan oleh sebuah projek di bawah Yahoo dan telah berjaya menjual dua buah beg kucing tersebut dengan harga masing-masing 83,000 Yen (RM3,219.21) dan 66,000 Yen (RM2,559.53). Boleh tahan ek harganya.

Read Previous

I Love K-Pop. 5 Alasan Sebab Minat Artis Korea

Read Next

Fesyen Apa Ni Weh?! Pakai Kostum Ketat Untuk Hilangkan Stress?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 11 =