I Love K-Pop. 5 Alasan Sebab Minat Artis Korea

Baik korang mengaku, korang layan ke tak artis K-Pop? Abang Jim yakin 97% perempuan yang baca artikel ni mesti layan drama Korea kat laptop kalau melepak dalam bilik sebab tak ada kelas.

Kalau tak layan drama Korea pun, korang layan program K-Pop macam Running Man, I can See Your Voice Korea dan macam-macam lagi.

Sebab apa korang minat sangat dengan artis K-Pop ek? Abang Jim pun pelik sebab tak layan sangat K-Pop ni. Jim layan Telenovela jer. Eh!

So kat sini Jim nak kupas sikit kemungkinan sebab apa korang suka sangat dengan artis Korea. Kalau tak betul Jim minta ampun ya.

  • Rupa paras

Kita jangan bercerita soal bakat, sebab punca utama korang suka kat artis K-Pop sah-sah laa sebab rupa diaorang yang helok! Artis K-Pop terutamanya lelaki memiliki rupa paras yang comel + kacak. Yang perempuan pula mostly memang cantik-cantik. Walaupun korang tahu wajah mereka tu bukanlah asli selepas membuat pembedahan plastic, so disebabkan kekacakan dan kecantikan diaorang tu membuatkan korang tergila-gilakan artis Korea. Antara nama-nama artis K-Pop popular ialah seperti Siwon (Super Junior), T.O.P (BigBang), Jaejoong (JYJ), Lisa (BlackPink), Kris (EXO), Jessica (Girl Generation), Sandra Park (2NE1) dan pelakon drama Korea, Lee Dong Wook.

  • Bakat

Memang tak dinafikan artis-artis Korea ni mempunyai bakat yang besar. Bakat diaorang juga sangat versatil. Boleh menyanyi, menari dan berlakon. Artis-artis K-Pop ni memang mempunyai kelebihan menari yang hebat. Dah laaa rupa helok pandai menari pula. Tak ke menjerit-jerit peminat dia nanti. Kalau bab berlakon pula, kalau scene sedih tu, memang sedih giler sampai penonton pun ikut menangis sama. 

  • Gaya

Gaya berfesyen artis-artis K-Pop memang telah menjadi ikutan di seluruh dunia. Mat Salleh pun ada yang terikut-ikut fesyen dan gaya artis Korea tau! Dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, setiap apa yang dipakai oleh artis Korea ni memang jadi ikutan peminatnya. Kalau yang lelaki, fesyen rambut mereka selalunya dijadikan contoh. Selain tu, lelaki sekarang pun dah tak segan silu nak bersolek sebab artis lelaki Korea sendiri akan menyalit solekan nipis pada wajah mereka. Gaya dan fesyen artis Korea ni memang telah menjadi fenomena di seluruh dunia!

  • Kesungguhan

Kalau korang bukan peminat tegar artis K-Pop, so korang tidak akan tahu kesungguhan dan kegigihan mereka ni untuk bergelar artis. Kebanyakan artis Korea yang popular hari ni tidak mengecapi popularity dengan mudah yer guys. Mereka terpaksa melalui tapisan yang ketat sebelum bergelar artis dan menandatangani kontrak bersama syarikat mereka. So bila dah sign kontrak, mereka kena ikut peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan yang diberi tu bukan mudah dan ada yang tidak masuk akal. Antaranya, mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah bergantung pada jadual yang telah diberikan. Ada artis yang tidak pulang ke rumah sehingga tiga ke empat tahun sebab jadual kerja yang sangat padat! Bila dah terlalu lama tak pulang ke kampung, ofcourse laa korang akan rindu dengan keluarga. Masalah tu selalu jadi alasan kebanyakan artis Korea membatalkan kontrak mereka. Waktu rehat juga terhad, apabila diaorang perlu sentiasa menghadiri kelas latihan menyanyi dan menari. Waktu tidur pun paling kurang cuma 3 jam sahaja. Semuanya demi peminat! Pssstt! No wonder banyak jugak artis korea bunuh diri ek. Stresss!

  • Rancangan reality

Korea memang banyak rancangan realiti yang menarik dan menjadi kegilaan peminatnya. Negara kita pun ada juga rancangan realiti, tapi tak sebanyak rancangan realiti kat Korea. Antara rancangan realiti kat sana yang mendapat perhatian ialah The Return of Superman yang mengisahkan kehidupan seorang lelaki bersama tiga orang anaknya tanpa bantuan isteri. Ada juga rancangan realiti yang memaparkan kehidupan artis-artis Korea. So para peminat mereka akan berasa lebih dihargai. 

So guys, tah hairanlah bila artis K-Pop ni mempunyai peminat yang ramai bukan sahaja di Korea, tapi juga kat Malaysia. Sia pada fans club hokey!

Read Previous

Mahal! Study Kat Malaysia Jer La. 10 Yuran Universiti Paling Mahal Di Dunia.

Read Next

Macam Real Doh! Suri Rumah Hasilkan Beg Bentuk Kucing Realistik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − 5 =