Mahal! Study Kat Malaysia Jer La. 10 Yuran Universiti Paling Mahal Di Dunia.

Pendidikan ialah sebahagian daripada kehidupan yang sangat penting. Untuk berjaya, korang tak boleh abaikan Pendidikan kerana ilmu itu bakal mengubah hidup seseorang. 

Ramai sebenarnya yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian sehingga ke luar negara. Tapi tidak semua orang mampu mendapat peluang tersebut. Yuran pengajian untuk belajar ke luar negara juga tidak murah dan ia memerlukan belanja yang besar, melainkan kalau korang dapat pinjaman pelajaran atau ditanggung oleh biasiswa.

So untuk artikel kali ni, min nak senaraikan 10 buah universiti dengan yuran tahunan paling mahal di dunia


University Chicago (Yuran Tahunan: AS$ 57,711 – RM242,755)

Universiti Chicago adalah antara universiti paling mahal di dunia, dan ia mempunyai yuran tahunan sehingga mencecah AS$ 57,711 (RM242,755). Institusi pendidikan tinggi ini terletak di Illinois, dan Persatuan Pendidikan Baptis Amerika mengasaskannya pada tahun 1890. Kelas pertama universiti ini bermula di 1892 dan pada mulanya, ia mendapat beberapa sumbangan besar dari John Rockefeller dan Marshall Field. Badan pendidikan ini juga mempunyai akhbar universiti terbesar di Amerika Syarikat.

Universiti John Hopkins (Yuran Tahunan: AS$ 57,820 – RM243,214)

Universiti John Hopkins adalah salah satu universiti paling mahal di dunia. Untuk belajar kat situm korang perlu membayar sebanyak AS$ 57,820 (RM243,214) setiap tahun. Institusi pengajian tinggi ini terletak di Baltimore dan ia adalah sebuah organisasi bukan untung tetapi sebuah sekolah swasta yang kebanyakannya dikenali sebagai kerja penyelidikannya. 

Parson New School for Design (Yuran Tahunan: AS$ 57,910 – RM243,592)

Parsons New School for Design adalah sebuah kolej Seni dan Reka Bentuk yang terletak di New York, AS. Seorang pelajar perlu membayar yuran sebanyak AS$ 57,910 (RM243,592) setahun untuk belajar di sini.

Dartmouth College (Yuran Tahunan: AS$ 57,996 – RM243,954)

Yuran tahunan untuk belajar di Dartmouth College adalah sebanyak AS$ 57,996 (RM243,954) setahun. Institusi ini telah diasaskan oleh Eleazer Wheelock yang merupakan sebuah universiti penyelidikan swasta pada tahun 1769.

Claremont McKenna College (Yuran Tahunan: AS$ 58,065 – RM244,244)

Kolej Claremont McKenna ini mengenakan yuran tahunan sebanyak AS$ 58,065 (RM244,244). Universiti ini  terletak di California dan terkenal dengan amalan seni liberal persendiriannya. Pada mulanya, ia adalah kolej lelaki tetapi dari tahun 1976 ia bermula menerima kemasukan pelajar wanita. 

Universiti Wesleyan (Yuran Tahunan: AS$ 58,502 – RM246,071)

The Wesleyan University terletak di Connecticut, AS. Yuran tahunan untuk belajar di universiti yang ditubuhkan pada tahun 1831 ini ialah sebanyak AS$58,502 (RM246,071). Universiti ini terkenal sebab melahirkan ramai karyawan kreatif yang hebat dalam bidang seni.

Universiti Columbia (Yuran Tahunan: AS$58,742 – RM247,016)

University of Columbia ini terletak di New York dan merupakan salah satu institusi pengajian tinggi paling mahal di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1754 sebagai King’s College tetapi kemudian di tahun 1784, ia dinamakan semula sebagai Columbia University. Yuran tahunan di institut pertama AS yang memperkenalkan program Ijazah Perubatan ini adalah sebanyak AS$58,742 (RM247,016).


Harvey Mudd College (Yuran Tahunan: AS$58,913 – RM248,053)

The Harvey Mudd College telah ditubuhkan pada tahun 1955. Ia adalah sebahagian daripada Kolej Claremont yang terletak bersebelahan dengan kolej ini. Kolej yang menawarkan program sains ini mengenakan yuran tahunan sebanyak AS$58,913 (RM248,053) Kebanyakannya graduan dari kolej ini adalah pekerja yang mendapat bergaji tertinggi di Amerika Syarikat.


University New York (Yuran Tahunan: AS$59,337 – RM250,105)

New York University merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang paling terkenal di dunia. Ia adalah institut penyelidikan swasta yang diasaskan pada tahun 1831. Yuran tahunan untuk belajar di university ini ialah sebanyak AS$59,337 (RM250,105)

Sarah Lawrence College (Yuran Tahunan: AS$61,236 – RM258,109)

Sarah Lawrence College memegang status sebagai universiti dengan yuran paling mahal di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1926 oleh pengasasnya iaitu William Van Duzer, yuran tahunannya ialah sebanyak AS$61,236 (RM258,109)

Jadi inilah dia senarai 10 buah universiti yang mengenakan yuran paling mahal 10 di dunia. Universiti-universiti mahal ini kebanyakannya memberi penekanan kepada akademik, dan mereka juga menyediakan kemudahan terbaik untuk pelajar yang tinggal di asrama. Kat Malaysia pun banyak universiti-universiti yang bagus-bagus dan menawarkan harga yang jauh lebih murah. Apa-apa pun tepuk dada, tanya selera ok.

Read Previous

Gadis Cantik Rimas Dilamar 50 Lelaki Sehari!

Read Next

I Love K-Pop. 5 Alasan Sebab Minat Artis Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 3 =