Anjing memang tergolong dalam haiwan yang bijak dan cerdik. Bukan Abang Jim yang cakap, tapi hasil daripada kajian oleh pakar psikologi haiwan.
Dalam kajian tu, penyelidik mendapati anjing mampu memahami sehingga 250 patah perkataan dan isyarat. So tahap kebijakan dan kepandaian anjing tu dikira sama seperti kanak-kanak berumur dua tahun.
So kisah kali ini min nak bercerita tentang kisah seekor anjing bijak bernama Chico. Baru-baru ni, satu kunjungan istimewa telah berlaku kat Jabatan Polis Odessa, Texas apabila seekor anjing tiba-tiba memasuki pintu dan melompat ke kaunter.
Reaksi anjing tu agak mencemaskan seperti ingin memberitahu sesuatu kepada anggota polis tentang masalah yang dialaminya. Nak tahu tak guys apa masalah anjing tu?
Dia ingin mengadu bahawa dirinya telah hilang daripada rumah pemiliknya! Hahahaha! Masa kejadian, Sarjan Rusty Martin merupakan anggota yang menyambut kedatangan anjing terbabit.
Dakwa Martin, keadaan Chico masa tu agak baik dan tidak berada dalam situasi tertekan sebab dia tahu, dia cuma seekor haiwan yang hilang dan tidak teraniaya.
Masa Chico datang, semua orang yang ada kat dalam balai tu berasa sangat teruja. So ada anggota yang ambil bola tenis dan lemparkannya ke lobi untuk Chico bermain.
Ternyata kehadiran anjing tu kat situ telah membuatkan semua orang ceria sampaikan mereka hamper terlupa tujuan Chico datang ke situ.
Semasa Chico datang, dia didapati memakai kolar di lehernya, namun tag ID anjing tersebut telah tercabut. Cara penyelesaiannya, pihak polis telah meminta bantuan pusat kawalan haiwan untuk menjalankan pemeriksaan pada mikrocip.
Tapi sayangnya, diaorang tak sempat nak berbuat demikian sebab anjing tersebut telah bergegas keluar daripada balai polis tersebut.
Mungkin sebab anjing tu dah bosan agaknya polis lambat sangat buat kerja asyik nak bermain jer. Hahahah!
Kisah tersebut yang telah viral akhirnya diketahui oleh pemilik sebenar anjing tersebut. Pemiliknya kemudian telah membalas kenyataan di Facebook dan menyatakan bahawa anjingnya telah selamat pulang ke rumah.
Rupa-rupanya rumah pemilik anjing tersebut hanya kira-kira sebatu daripada balai polis berkenaan. Anggota polis yang ada kat situ bagaimanapun telah merindui Chico dan sentiasa mengalu-alukan kedatangannya ke balai polis pada bila-bila masa. Alahaii comelnyer!