Wow! Siapa Sangka 5 Individu Berjaya Ini Pernah Digelar Bodoh? (Part 2)

Untuk Part 1 min dah roger 5 individu yang dahulunya pernah dilabel bodoh sebab tak pandai dan lembab, ok kali ni min bongkar 5 lagi individu yang dahulunya pernah diperlekehkan, tapi akhirnya menjadi terkenal sebab kebijaksanaan mereka.

  • LOUIS BRAILLE 

Dia ni dulu pernah mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang daripada perkakas kerja milik ayahnya. Kemudian salah satu matanya terkena sympathetic ophthalmia, sejenis infeksi yang terjadi sebab kerosakan mata dan dia pun menjadi buta. Kecacatan yang terjadi pada dirinya tidak membuat Braille putus asa dan dia telah menciptakan abjad Braille untuk membantu orang buta membaca. Kenal tak huruf Braille?

  • HANS CHRISTIAN ANDERSEN

Hans Christian Andresen semasa di bangku sekolah pernah menjadi murid yang dikategorikan sebagai lembab dan mengalami masalah pembelajaran. Padahal usianya lebih tua dibanding murid-murid sekelasnya yang lain. Bukan itu sahaja, Christian juga hidup dalam keluarga yang miskin. Sewaktu kecil, ibunya suka menceritakan kisah-kisah dongeng manakala ayahnya pula suka melukiskan gambar-gambar tentang kisah rakyat. Disebabkan itu, otak belah kanannya berkembang sejak kecil. Walaupun melalui zaman kanak-kanak yang tidak membanggakan, siapa sangka, dia kini merupakan seorang penulis dan penyair yang sangat terkenal dengan karya-karya agungnya.

  • ISAAC NEWTON

Waktu kat sekolah, Isaac Newton terkenal sebagai murid yang suka beangan. Bahkan gurunya sering memarahinya dan menggelarnya sebagai pemalas! Bahkan kat dalam kelas, murid-murid yang pandai dibenarkan untuk duduk di depan, manakala yang tidak pandai termasuk Newton diletakkan di bahagian belakang kelas. Disebabkan Newton tak minat untuk pergi ke sekolah, so ibunya telah mengambil keputusan untuk tidak menghantarnya ke sekolah lagi. Hobinya sewaktu kecil adalah bermain sahaja. Tapi siapa sangka, Newton akhirnya menjadi seorang ahli fizik paling berpengaruh dalam Revolusi Saintifik serta pembentukan sains moden pada hari ini. Bahkan, dia adalah individu pertama yang membangunkan hokum graviti sejagat.

  • CHARLES DARWIN

Sejak kecil, Darwin memang tidak suka ke sekolah untuk belajar, malah ayahnya pernah mengatakan bahawa dia hanya memalukan keluarganya sahaja. Walaupun tidak suka ke sekolah, tapi Darwin suka menunggang kuda, menembak dan mengumpul serangga atau binatang. Kerana minatnya itu, banyak rahsia alam yang berjaya dia temui. Ilmu pengetahuannya menjadi semakin berkembang. Dan siapa sangka, apabila dewasa, Darwin menjadi seseorang yang berpengaruh terutama melalui Teori Evolusi yang ditemuinya.

  • WINSTON CHURCHILL

Dia merupakan Perdana Menteri England semasa Perang Dunia ke-2, pemimpin dan seorang yang disegani suatu masa dahulu. Namun siapa sangka, semasa kecil, Churchill tergolong dalam kalangan murid-murid yang bodoh dan mempunyai reputasi akademik yang sungguh memalukan! Bukan itu sahaja, lelaki ini juga seorang yang gagap apabila bercakap sehinggakan ayahnya pernah terfikir bahawa dia tidak akan dapat menjalani kehidupan yang baik sebab kekurangannya itu. Walaupun begitu, dia masih minat membaca dan gemar membaca buku berkaitan biografi tokoh-tokoh terkenal sehingga mengubah pendapat tentang dirinya sendiri.

Itulah antara beberapa kisah tokoh terkenal dunia yang memberi inspirasi kepada semua. Min harap korang yang pernah gagal tu untuk terus berusaha untuk mendapatkan hasil. Takpe kalau korang dianggap bodoh sekarang, tapi masa depan korang bukan seperti yang orang lain bayangkan.

Read Previous

Kreatif!! Pisang Jadi Kanvas Lukisan

Read Next

Rindunya! Mengimbau 11 Kenangan Masa Mula-Mula Masuk Universiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + eleven =