Rindunya! Mengimbau 11 Kenangan Masa Mula-Mula Masuk Universiti.

Foto: Newpanas.blogspot

Korang ingat lagi tak moment waktu korang jejakkan kaki ke university sebagai pelajar baru? Min yakin mesti korang ada pengalaman sendiri dan mostly pengalaman korang sama jer dengan kawan-kawan yang lain. So hari ni min nak buat imbasan sikit antara kenangan waktu korang mula-mula menjejakkan kaki ke Menara gading. Jom kita terobek!

  • Mak ayah hantar 

Foto: USIM

Ini perkara paling kita tak akan lupa masa mula-mula masuk daftar universiti dulu. Mak ayah akan sama-sama tolong angkat beg kita yang berat tu dari bawah blok sampailah masuk kat dalam bilik. Ada sesetengah tu hostel agak jauh dari tempat parking kereta, so terpaksalah kedua-dua orang tua tu berjalan jauh. Bila nak kena tinggal, hati rasa sayu je nak berjauhan dari keluarga. Min masa tu tak ingat dah meleleh ayaq mata oiii nak kena tinggal.

  • Kenal-kenal dengan roommates

Foto: News Strait Times

Bila dah sampai bilik, akan jumpa pula muka-muka baru yang tak pernah kita jumpa. Waktu ni macam krik..krikk sikitlah tak tahu nak borak apa kan? Soalan paling cliche adalah “orang mana?” “course apa?”. Habis soalan tu masing-masing pun dah tak ada idea nak tanya apa. Mostly macam tu lah kan? Tapi min dulu sebilik dua orang jer. Itu pun sekejap sebab lepas tu roommate min pindah hostel lain sebab join PALAPES. So selama dua semester tu min stay sorang-sorang jer laa!

  • Pilih katil 

Lagi satu bila dah sampai bilik benda pertama sekali kita buat, mestilah pilih katil. Kalau sampai awal dari yang lain boleh lah nak cop mana-mana katil. Kalau dah lambat terpaksalah ambik katil paling last. Nak tak nak terpaksalah ambil juga walaupun dapat position tak best!

  • Orientasi 

Macam biasalah, semua universiti memang ada benda ni. Memang tak boleh lari! Haha. Minggu orientasi ni adalah minggu penat, ‘berlecak’, tak cukup tidur semua pelajar. Masa ni macam-macam aktiviti kena buat. Kalau ada perasaan menyampah dengan senior waktu minggu orientasi tu memang normal sebab waktu ni diorang akan jadi fasilitator yang mengarah kita ke sini sana.

  • Cari bilik kuliah tak jumpa-jumpa 

Mungkin tak ramai yang alami benda ni tapi ada sesetengah daripada kita terpaksa berpusing satu bangunan nak cari dewan kuliah/kelas sebab tak jumpa-jumpa. Biasalah first day kan? Tak beberapa nak familiar.

  • Masuk kelas

Dah sampai kelas suasana awkward tu memang ada. Tambah-tambah lagi kalau lambat. Haha waktu ni pun blur tak tahu nak duduk mana dan sebelah siapa. Waktu ni lah kita observe je perangai sorang-sorang classmates kita. Belum kenal lagi dah buat andaian macam-macam.

  • Perkenalkan diri 

Semua tempat ada benda ni. Yelah, dah belajar satu kelas mestilah perlu saling kenal-mengenali. Masa ni lah nak kenalkan diri, asal mana, duduk kolej kediaman apa. Mana yang jenis pemalu tu kadang-kadang cakap apa pun kita tak dengar.

  • Tak tahu nak guna aku/saya/kau/awak 

Untuk pelajar perempuan, ini mungkin tak jadi masalah. Tapi untuk pelajar lelaki, mungkin ini menjadi masalah buat diorang. Kadang-kadang diorang sendiri tak tahu nak gelarkan diri diorang tu apa. Kalau sesama lelaki tak ada masalah kot, cuma kalau dengan perempuan tu ambik masa jugalah nak borak.

  • Kawan baru

Bila dah masuk tempat baru ni tentu-tentulah nak kena cari kawan baru juga. Waktu ni lah nak cari geng-geng sekepala kata orang. Sesetengah orang mesti pernah rasa bertukar-tukar geng setiap semester. Yelah nak cari kawan yang ‘sebulu’ ni bukan senang. Selalunya macam kena try and error. Hehe

  • Pakai kad matrik ’24 jam’ 

Peraturan beritahu kena pakai kad matrik sepanjang berada di dalam univerisiti. So, sebagai pelajar semester 1 yang baik, kad matrik tak akan pernah hilang disangkut pada leher. Ada pula tu kadang-kadang sampai luar universiti pun masih pakai kad matrik. Macam tu tahap punya insecure dia. Tapi yelah itu first semester je. Naik je senior masing-masing terus besar kepala!

  • Usha senior 

Ahhh ini tipulah kalau tak pernah buat. Lagi-lagi pelajar perempuan, tak boleh nampak senior handsome sikit mulalah nak jadi adik angkat haha. Pelajar lelaki pun sama juga. Mana senior yang cantik tu mesti jadi bualan antara kawan-kawan. Biasalah dah lumrah manusia juga kan. Tapi sebagai adik junior kena hati-hati juga dengan abang-abang senior, buaya darat banyak! 

So itulah serba sedikit kenangan yang min boleh share kat korang waktu mula-mula masuk universiti dulu. Dah 10 tahun berlalu. Apa-apa pun min nak doakan kat adik-adik min semua semoga berjaya dunia dan akhirat ok.

Read Previous

Wow! Siapa Sangka 5 Individu Berjaya Ini Pernah Digelar Bodoh? (Part 2)

Read Next

Susah Nak Mati! 10 Exam Paling Sukar Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × five =