Wow! Siapa Sangka 5 Individu Berjaya Ini Pernah Digelar Bodoh? (Part 1)

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Korang mesti familiar dengan ayat macam ni kan? Maksudnya, kalau korang pernah gagal sekali, tak bermakna korang akan gagal juga untuk kali yang kedua. Yang penting korang kena rajin berusaha dan ada matlamat dalam hidup. Seperti insan-insan yang berjaya kat dunia ni, mereka bukanya lahir terus jadi berjaya, malah ada di antara mereka tu mungkin lebih teruk daripada korang. So hari ni min nak kongsi sedikit siapa individu berjaya yang dahulunya pernah digelar BODOH! Jom semak.

  • ADAM KHOO

Semasa kecil, lelaki yang berasal dari Singapura ini memang suka bermain dengan permainan video games dan menonton televisyen. Korang bayangkan, dalam sehari dia boleh menghabiskan masa selama berjam-jam kat depan TV tanpa jemu. Kat sekolah pula Adam digelar budak bodoh oleh kawan-kawan dia. Sebab kebodohan itu, dia pernah dibuang sekolah. Oleh sebab tidak ada satu pun sekolah yang nak terima budak ni, dia terpaksa bersekolah di sekolah paling teruk kat Singapura. Waktu di sekolah menengah, dia pernah ditolak oleh enam buah sekolah terbaik di Singapura kerana rekod akademiknya yang teruk. Walaupun gagal dalam bidang akademik, Adam tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Malah dia bercita-cita untuk bergelar jutawan pada usia muda. Ternyata budak ni berjaya jadi jutawan pada usia 26 tahun dengan jumlah asset sebanyak AS$20 juta (RM83.84 juta).

  • ALBERT  EINSTEIN

Siapa yang tak kenal dengan lelaki bernama Albert Einstein ni?  Sampai sekarang, ramai ilmuan kagum dengan kepintaran lelaki yang sinonim dengan rambut kusut masai ini. Kepintarannya menyebabkan dia mendapat anugerah Nobel. Tapi, siapa sangka, masa kecil, dia kelihatan seperti kanak-kanak bodoh dan lambat bercakap kerana menghidap autism. Einstein sering dimarahi gurunya sebab terlalu bodoh. Namun kanak-kanak yang dianggap bodoh ini berubah menjadi manusia paling pintar yang pernah ada di dunia. Hebat bukan?

  • ARISTOTLE ONASSIS

Aristotle adalah jutawan perkapalan Greece yang sangat terkemuka dengan kekayaannya yang sangat luar biasa. Semasa zaman persekolahannya dia dikenali sebagai kanak-kanak lembap di sekolah hingga pernah dibuang dari beberapa buah sekolah. Kat sekolah pula dia selalu mendapat tempat tercorot dalam kelas. Akhirnya melalui usaha kerasnya di bidang perkapalan, Aristotle muncul sebagai jutawan terkemuka Greece dengan nilai kekayaan ASD 2.1 billion (RM8.79 bilion)

  • THOMAS ALVA EDISON

Suatu hari, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang telinganya sedikit pekak dan tak pintar di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secebis kertas dari gurunya. Ibunya membaca kertas tersebut:

“Tommy pelajar yang sangat bodoh di sekolah, kami minta puan untuk memberitahunya supaya tidak perlu datang lagi ke sekolah ini.”

Si ibu terkedu membaca surat dari sekolah itu, namun hatinya berkata, ”Anak aku Tommy bukan anak bodoh, biar aku sendiri yang mendidik dan mengajar dia.”

Siapa sangka anak kecil yang telinganya sedikit pekak dan bodoh  hingga diminta meninggalkan sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang saintis genius? Apabila dewasa, Thomas muncul sebagai saintis terkemuka dunia yang mencipta lampu, ponograf dan kamera. Ibunya, Nancy Edison tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah bahawa anaknya bodoh, dia sebaliknya mendidik sendiri Thomas untuk menjadi seorang saintis yang paling genius. Tanpa budak yang separuh pekak ini kita mungkin masih menggunakan lilin untuk menerangi malam yang kelam!

  • CHRIS GARDNER 

Christoper Paul Gardner juga tidak dilahirkan sebagai pelajar pintar ketika di sekolah. Kehidupan masa mudanya sangat sukar apabila dia kehilangan tempat tinggal, ditinggalkan isteri kerana miskin dan ditangkap polis selepas dituduh mencuri. Walaupun dihina kerana tidak berpendidikan tinggi, tapi dia terus berusaha dan berjuang untuk memadamkan penderitaannya. Kini dia menjadi seorang jutawan tersohor dunia melalui syarikat Gardner Rich & Co, sebuah syarikat perusahaan saham yang sangat terkenal.

Kalau mereka semua boleh, kenapa tidak kita? Yang penting korang jangan putus asa dan kena berusaha. Tiada siapa yang mahu gagal dalam hidup. Semua orang nak Berjaya. Tapi bukan senang untuk senang ok.

Read Previous

Terima kasih Abang! Belajar Jahit Baju Kat YouTube Untuk Penuhi Impian Adik Pergi Prom Night

Read Next

Kreatif!! Pisang Jadi Kanvas Lukisan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 7 =