Terima kasih Abang! Belajar Jahit Baju Kat YouTube Untuk Penuhi Impian Adik Pergi Prom Night

Min memang betul-betul terharu tengok kisah kesungguhan seorang abang untuk membuatkan adiknya gembira dan kelihatan cantik walaupun kedua-duanya datang dari keluarga yang susah.

Kisahnya tentang seorang gadis bernama Lu Asey Keanna Oyao dari Zamboanga City, Filipina teringin sangat nak pergi ke majlis prom night anjuran sekolahnya. 

Majlis tu bagi meraikan pelajar tahun akhir kat sekolah tersebut. Tapi malangnya, Lu Asey tak mampu untuk menyewa gaun ke majlis tersebut sebab harganya yang terlalu mahal.

Rata-rata masyarakat kat Filipina memang hidup dalam kemiskinan termasuklah Lu Asey dan keluarganya.

Masalah tu membuatkan Lu Asey berasa sangat sedih. Yerlah, memandangkan dia pelajar tahun akhir, memang dia teringin sangat nak pergi ke majlis tari-menari tu. Ala-ala Cinderella laaa kononnya!

So bila abangnya dapat tahu tentang masalah adiknya, si abang yang prihatin ni ofcourse laaa  tak nak si adik berasa sedih. Baik sungguh abang si Lu Asey ni ek.

Abang dia, Maverick Francisco Oyao yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kebudayaan dan Kesenia dekat Western Mindanao State University mengambil keputusan untuk membuatkan adiknya kembali tersenyum.

Caranya, Maverick telah menghasilkan sehelai gaun unik yang sangat cantik dan dijahit sendiri olehnya.

Tapi untuk merealisasikan impian menghasilkan gaunt u bukan mudah yer guys. Sebabnya, Maverick sendiri sebenarnya tidak tahu menjahit, apatah lagi untuk menghasilkan sehelai ballgown yang cantik.

Tapi, sebab tak nak menghampakan adik kesayangannya, Maverick tekad untuk belajar menjahit baju hanya melalui tutorial pada YouTube semata-mata. Yang penting adik dia dapat pergi ke majlis prom night tu dan kelihatan cantik. Hebat!

Sebelum menjahit, Maverick tengok dulu koleksi-koleksi daripada pereka fesyen terkenal untuk mengambil inspirasi menghasilkan gaun yang indah buat adiknya.

Tapi last-last, Maverick decided untuk ambil ilham gaun daripada pereka fesyen terkenal Filipina, Michael Cinco, yang merupakan idolanya dalam bidang fesyen.

Bila dah dapat idea, Maverick membuat lakaran terlebih dahulu di atas kertas dan mula menjahit. Walaupun tidak pernah menghasilkan pakaian sebelum ni, Maverick hanya  mengambil masa selama seminggu sahaja untuk menyiapkan gaun cantik berwarna biru.

Walaupun gaun yang dihasilkan tu tidak memenangi Best Dress Award, tapi hasil tangan Maverick tu telah mendapat perhatian ramai dan menjadi viral bukan sahaja di Filipina, bahkan di seluruh dunia.

Maverick bagitahu, dia menangis apabila melihat adiknya memakai gaun yang dia hasilkan dan dapat pergi ke majlis tari-menari anjuran sekolahnya. 

Paling membanggakan apabila gaun yang dihasilkan tu telah mendapat perhatian oleh masyarakat dunia.

Kalau korang nak tahu, untuk menghasilkan gaun biru yang indah tu, Maverick telah mengeluarkan modal sebanyak kira-kira 3000 Pesos (RM247) yang diperoleh daripada sumbangan kawan-kawannya.

So guys, memang terbaik abang si Lu Asey ni. Kalau min, belum tentu dapat tolong adik min kalau dia ada masalah serupa mcam ni. Haih! Siapa laaa yang potong bawang ni ea. 

Read Previous

Untungnyer kau anjing! Perkahwinan Mewah Chi Chi dan Harvey

Read Next

Wow! Siapa Sangka 5 Individu Berjaya Ini Pernah Digelar Bodoh? (Part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + 2 =