Bodoh? 5 Nama Kelab Bola Sepak Kedengaran Unik dan Pelik

Sumber: Telegraph

Sebelum sesebuah kelab bola sepak ditubuhkan, mereka wajib untuk menyatakan tujuan penubuhan kelab bola sepak tersebut. Banyak persiapan yang perlu dibuat termasuk aspek modal yang besar, membentuk pengurusan, memilih pemain sehingga menyediakan kakitangan pelbagai bidang bagi membantu menggerakkan pasukan tersebut.

Bukan itu sahaja, nama kelab bola sepak juga perlu difikirkan juga. So, kali ini min nak senaraikan 5 nama kelab bola sepak di seluruh dunia yang memiliki nama yang unik dan aneh. Jom semak!

  • Deportivo Wanka

Kelab bola sepak Deportivo Wanka ini terletak kat Kota Huancayo, iaitu tidak jauh dari pergunungan Andes di Peru. Uniknya nama kelab bola sepak ini adalah terletak pada perkataan ‘Wanka’. Walaupun kelab bola sepak tersebut berasal dari Kota Huancayo, pihak pengurusan kelab bola sepak tersebut tidak memberikan nama Deportivo Huancayo kepada kelab bola sepak tersebut sebaliknya memberi nama Deportivo Wanka. Mengapa? Nama tersebut diberikan sebagai tanda penghormatan kepada orang-orang Wanka yang banyak tinggal di daerah Huancayo.

  • Deportivo Moron

Semua tahu bahawa dalam Bahasa Inggeris, moron adalah bermaksud seseorang yang sangat bodoh. Tetapi pihak pengurusan kelab bola sepak Deportivo Moron tidak malu untuk memberikan nama kelab mereka seperti itu dengan menggunakan logo ayam. Untuk pengetahuan korang, ayam kerap digunakan sebagai simbol bagi pengecut. Walaupun memakai nama kelab yang membawa maksud kebodohan, kelab bola sepak Deportivo Moron merupakan antara kelab bola sepak terkuat dalam Liga Argentina.

  • Botswana Meat Commission

Salah satu negara di Afrika, iaitu Botswana memiliki sebuah kelab bola sepak yang mempunyai nama unik iaitu Botswana Meat Commission. Perkataan ‘meat’ yang bermaksud daging itu diberikan kerana ia merujuk kepada di sana yang menjadi pengeksport daging lembu terbesar di Afrika.

  • Semen Padang

Kelab bola sepak Semen Padang ini berasal dari Indonesia dan menjadi salah satu nama kelab bola sepak paling unik oleh The Telegraph. Nama kelab Semen Padang diberi bersempena nama penaja kelab bola sepak tersebut yang merupakan sebuah syarikat membuat semen dan berasal dari wilayah Padang. Walaupun mempunyai nama yang lucu, Semen Padang merupakan antara kelab bola sepak terkuat di Indonesia dan pernah merangkul gelaran juara dalam Liga Premier Indonesia pada 2011 dan 2012 selain melayakkan diri ke peringkat semi final semasa AFC Cup 2013.

  • The Strongest

The Strongest adalah sebuah kelab bola sepak berasal dari daerah Kota La Paz di Bolivia. Selain The Strongest, kelab bola sepak ini juga mempunyai beberapa nama gelaran lain iaitu Tigre, El Derribador de Campeones dan El Decano. So, kenapa kelab bola sepak ini diberi nama The Strongest? Pada tahun 1932 hingga 1935 iaitu sewaktu Bolivia sedang berperang dengan Paraguay, pasukan tentera di negara itu telah menubuhkan sebuah pasukan bola sepak yang sangat kuat dan tidak pernah kalah. Disebabkan kekuatan itu, pasukan tersebut telah diberi nama The Strongest dan kekal sehingga ke hari ini.

So, itulah 5 nama kelab bola sepak di dunia yang mempunyai nama unik dan pelik. Min bukan kaki bola, maka kalau korang ada lagi nama-nama lain yang dirasakan unik, roger min ok.

Read Previous

Abam macho! 7 Gaya rambut buatkan Lelaki Nampak Hensem Segmen: Ada Bran

Read Next

Untungnyer kau anjing! Perkahwinan Mewah Chi Chi dan Harvey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + four =