Sumber: wanniaga.com
Min ingat lagi waktu zaman sekolah dulu, nak bergaya sikit terutama untuk style rambut memang susah. Peraturan sekolah tidak membenarkan pelajar untuk menggayakan fesyen rambut pelik-pelik.
So ada laaa juga kawan-kawan min yang terpaksa dihukum sebab melanggar peraturan sekolah. Habis rambut masing-masing kena gunting. Dah masuk universiti baru laa masing-masing boleh bergaya ikut kehendak. Itu pun tak semua jenis fesyen rambut dibenarkan.
Untuk artikel kali ni, min nak review beberapa fesyen rambut yang boleh digayakan oleh remaja kat luar sana terutamanya untuk orang lelaki. Sure korang akan Nampak lagi macho. Check it out!
- Fade
Potongan rambut Fade yang digabungkan dengan gaya Undercut telah menjadi trend popular dengan kemunculan gaya ‘sisi pendek, Panjang di atas’. Gaya rambut sebegini memang menjadi kegilaan lelaki moden hari ini.
- Undercut
Masih mengekalkan potongan Fade pada bahagian sisi dan dipadankan dengan rambut Panjang pada bahagian atas. Ciri utama potongan rambut undercut ini adalah kontras yang tajam antara sisi yang dicukur dan bahagian atas yang dibiarkan tebal.
- Quiff
Potongan gaya Quiff biasanya digayakan dengan gaya rambut spiky dan Nampak lebih tebal. Penggayaan rambut Quiff Nampak agak messy dan digayakan sama ada dengan tangan atau sikat jenis brush. Cara potongan rambut Quiff ini Nampak agak berbeza di bahagian atas kerana menggunakan Teknik potongan layer untuk memudahkan gaya rambut terpacak.
- Comb Over
Walaupun banyak tukang gunting enggan memanggilnya sebagai ‘comb over’ kerana potongannya merujuk pada gaya ‘side part’, namun gaya rambut sebegini Nampak hamper serupa. Kaedah menyikat rambut adalah disikat ke satu sisi.
- Pompadour
Gaya rambut Nampak voluminous dan dramatik. Gaya rambut pompadour adalah gaya rambut yang memberikan pesona ‘pomp’ di bahagian depan dan dipotong pendek pada bahagian belakang.
- Faux Hawk
Faux Hawk adalah gaya rambut seakan Mohawk, tetapi ia tidak mencukur pada bahagian sisi. Kerana dipanggil ‘Fake Hawk’, gaya rambut Fohawk mempunyai rambut yang pendek pada bahagian sisi dan dibiarkan Panjang pada bahagian atas.
- Slick Back
Gaya rambut slick back (sikat ke belakang) adalah gaya potongan sisi yang pendek (Fade) atau Undercut dengan rambut bahagian atas dibiarkan Panjang. Gaya rambut Slickback memerlukan korang memakai produk seperti Pomade untuk memberikan kemasan pada rambut semasa menyisirkan semua rambut ke bahagian belakang.
So itulah antara gaya potongan rambut yang korang boleh gayakan. Tapi tidak semua gaya tu sesuai dengan bentuk wajah dan jenis rambut yang korang miliki. Min doakan korang menjadi bertambah kacak dan bergaya juga macam min ok!