Sumber: DailyMail
Apa cita-cita korang? Nak jadi pilot? Lawyer? Doktor? Itulah jawapan klise yang selalu kira dengar berkaitan dengan cita-cita seseorang. Boringggg…Tapi berbeza pula dengan cita-cita seorang lelaki ni. Sejak dulu lagi dia menyimpan impian, malah gemar untuk menjadi seekor anjing! Kedengaran agak pelik, tapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Gary Matthews apabila setiap hari dia akan menyamar menjadi seekor anjing.
Matthews dari Pennsylvania, AS tidak kisah apabila dilabel sebagai gila oleh orang ramai termasuk kawan-kawannya selepas memilih untuk menjalani kehidupan menjadi seekor anjing.
Kalau korang nak tahu, Matthews ni merupakan bekas pekerja teknologi maklumat kat bandar Puttsburgh. Wow! Bukan kaleng-kaleng rupanya.
Walaupun begitu, Matthews memberitahu kawan-kawannya bahawa dia berharap akan dilahirkan sebagai anjing jika diberi pilihan untuk dilahirkan semula. Malah dia sangat-sangat mengharapkannya!
Kerana terlalu berharap untuk dilahirkan sebagai anjing, ,Matthews selalu membayangkan dirinya mempunyai bulu-bulu halus dan lebat dan cantik. Sama seperti sifat seekor anjing, Matthews akan berjalan dan berlari dengan menggunakan kaki dan kedua-dua belah tangannya.
Malah dia juga akan makan di dalam bekas makanan anjing dan akan mengejar kereta yang lalu Lalang di depannya sambal memakai kostum khas yang diperbuat daripada juraian kertas.
Matthews mula obsess dengan anjing selepas menonton rancangan komedi terbitan Disney yang bertajuk The Shaggy D.A dan membayangkan dirinya seekor anjing.
Matthews juga ada nama gelaran tau! Pada usia 12 tahun, dia telah menggelarkan dirinya sebagai Pomgo bersempena dengan nama seekor anjing di dalam filem popular 101 Dalmatians.
Pada waktu lapang, ‘anjing jadian’ ni suka berjalan-jalan bersama kumpulan anjing-anjing lain dan melakukan aktiviti mencabar seperti meredah hutan. Matthews juga suka melakukan kejutan kepada orang ramai dan menganggap dirinya sebagai seekor anjing yang pintar.
Untuk menampakan dirinya mirip seperti anjing sebenar, Matthews sengaja membela rambut panjang dan mengikatnya untuk membentuk seperti telinga anjing ketika di rumah.
Sebab perangai peliknya, Matthews digelar ‘boomer’ sebab selalu mengejutkan keluarga dan rakan-rakannya.
Sebab teringin sangat nak jadi anjing, Matthews pernah memohon untuk menukar namanya kepada Boomer The Dog sehingga mendapat perhatian media, namun permohonannya ditolak kerana dianggap tidak masuk akal.
Pernah suatu hari berlaku kemalangan di depan matanya, Matthews telah menelefon talian 911 dan memperkenalkan dirinya sebagai seekor anjing bernama Boomer The Dog. Sebab kata dirinya seekor anjing, so pasukan paramedic anggap itu adalah panggilan palsu.
Kat bawah ni min ada kongsi video kehidupan Matthews sebagai seekor anjing. Korang tengok laaa.
<iframe allowfullscreen frameborder=”0″ width=”698″ height=”573″ scrolling=”no” id=”molvideoplayer” title=”MailOnline Embed Player” src=”https://www.dailymail.co.uk/embed/video/1054880.html”></iframe>
Adoiii macam-macam perangai manusia sekarang. Korang ada ke cita-cita pelik korang? Meh kongsi dengan min. Mana tahu min ada idea nak buat artikel lepas ni. Ching!