Video pertama yang di-upload dalam YouTube

Sumber: YouTube

Siapa yang tak pernah menonton YouTube? Min yakin 99 peratus dalam kalangan pembaca dah familiar dengan channel YouTube. YouTube ditubuhkan pada bulan Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja Paypal iaitu Chad Hurley, Jawed Karim dan Steve Chen dan dibuka secara rasmi pada bulan Julai 2006.

Hanya lapan bulan selepas dirasmikan, YouTube mencatatkan sebanyak 65,000 buah video yang baru diupload.

Setiap hari, YouTube menghasilkan kira-kira 100 juta jumlah tontonan (viewers) dan 100 juta viewers dalam masa tiga hari. Pada bulan Oktober 2006, Google ingin membeli YouTube dengan nilai AS$1.65 bilion (RM6.84 bilion). Ketika itu, YouTube menjadi medium online paling berkuasa di Amerika Syarikat bahkan mungkin di dunia dengan menguasai 43% jumlah pasaran.

Sebanyak 20 jam durasi video akan diupload di YouTube pada setiap 1 minit sehari membuatkan YouTube menjadi sangat popular dan mendapat popularity dalam masa singkat.

Sampai hari ni, YouTube menjadi salah satu medium perkongsian video paling diminati . So kali ni min akan cerita tentang 4 hal menarik tentang YouTube untuk perkongsian bersama. Jom baca!

  • Video pertama diupload dalam YouTube

Video pertama yang dimuat naik dalam YouTube adalah sebuah video berdurasi selama 18 saat berjudul “Me at the zoo” yang dilakukan oleh pemilik YouTube sendiri. Video tersebut telah dirakam di hadapan sekumpulan gajah di zoo San. Sehingga saat ini,  video tersebut telah ditonton sebanyak 85, 292, 951 tontonan dan mendapat sejumlah 4,577,015 komen sejak kali pertama diupload pada 24 April 2005.

  • YouTuber dengan subscriber terbanyak

Pemilik channel YouTube bernama Pewdiepie telah dinamakan sebagai YouTuber dengan jumlah pengikut (subscriber) terbanyak iaitu sejumlah 103 juta orang dengan penghasilan pendapatan sebanyak AS$31,000 (RM128,371) sehari. 

  • Video dengan durasi paling lama di YouTube

Mesti korang tertanya-tanya apakan video yang mempunyai durasi paling lama di YouTube? Video dengan durasi paling lama di YouTube ialah sebuah video yang dihasilkan oleh seorang lelaki bernama Jonathan Hard. Video tak berjudul itu mempunyai durasi selama 571 jam dan 1 minit atau setara dengan 23 hari 19 jam. Video tersebut memaparkan gembar-gambar perjalanan Hard selama dua tahun. Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam dari akaun YouTube kerana mungkin Youtube berasa rugi kerana video itu menghabiskan kuoya server YouTube.

  • Video dengan viewers terbanyak di dunia

Video dengan jumlah tontonan terbanyak ialah video oleh penyanyi popular Korea iaitu PSY dengan lagu berhantunya berjudul Gangnam Style. Setakat kini, video tersebut telah memperoleh sebanyak 3.2 bilion tontonan sejak ia dimuat naik pada 15 Julai 2012. Video Gangnam Style juga memperoleh jumlah like terbanyak iaitu sebanyak 17 juta tanda ‘like’ , dance flashmob Gangnam Style terbesar di dunia dan video yang paling banyak ditonton dalam 24 jam.

So guys, itulah antara beberapa perkara menarik tentang laman perkongsian video iaitu YouTube. So kalau korang suka tonton channel apa kat YouTube ek? Jangan macam-macam tau!

Read Previous

Lelaki dan solekan? 10 benda ni korang kena ada

Read Next

Macam ni ke perangai kaki gamers?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 10 =