Pelbagai cara boleh dibuat untuk berkarya. Asalkan korang kreatif dan bersungguh-sungguh, tak mustahil korang boleh hasilkan satu karya yang sangat wow!
Contoh macam yang dilakukan oleh seekorang tukang gunting rambut dari China ni. Tukang gunting rambut itu, Li Hailing tidak akan membuang rambut pelanggan yang dia potong, tetapi dia akan menyimpannya untuk menghasilkan karya seni mengagumkan.
Kalau korang tengok sekali imbas, tak ada siapa pun yang perasan lukisan potret yang dihasilkan Hailing sebenarnya diperbuat daripada rambut-rambut pelanggan yang dikumpulnya.
Memang cantik gais! Tengok dari jauh Nampak macam real, seolah-olah lukisan yang dilukis dengan pensil.
Menurut Hailing, biasanya dia akan menyimpan rambut pelanggan lelaki yang lebih pendek berbanding rambut wanita. Sebab rambut yang pendek boleh menghasilkan kesan seni yang terbaik.
Sebab minat yang terlalu dalam pada bidang seni membuatkan tukang gunting rambut yang berasal dari Lingbao dekat Henan, China itu memanfaatkan masa lapanmgnya dengan menghasilkan potret daripada rambut manusia.
Sebab hasil seninya yang memukau itu, Hailing berjaya menarik perhatian pencinta seni menerusi karya potret mendiang pelakon AS, Marilyn Monroe. Gempak wei! Memang kemas dan Nampak macam lukisan real.
Dakwa Hailing, dia mendapat ilham untuk menghasilkan karya lukisan rambut tu dengan menggunakan teknik seni pasir.
Dia yang sememangnya meminati seni sejak kecil lagi ingin memanfaatkan rambut manusia dengan menghasilkan sesuatu yang boleh memberikan kepuasan kepadanya.
Untuk menghasilkan sesuatu karya itu, Hailing akan merujuk wajah selebriti atau sesiapa sahaja yang diinginkan.
Apabila dan dapat idea, Hailing akan tabur rambut-rambut halus tu pada kertas kanvas putih. Apa yang menarik, Hailing tidak menggunakan gam atau pelekat sewaktu menabur rambut pada kertas kanvas.
Sebab bila guna gam atau pelekat, lukisan yang dihasilkan akan nampak lebih comot dan hasilnya kurang memuaskan.
So Hailing perlu lebih berhati-hati, termasuk tak boleh terbatuk atau bersin sebab sekelip mata jer karya lukisan potret rambut tub oleh berselerak.
Lepas siap jer, Hailing akan mengabadikan lukisan tersebut dalam bentuk fotografi dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Rambut yang telah disusun menjadi potret itu pula akan diselerakkan semula sama ada untuk disimpan atau dibuang. Sayangnya!
Untuk menghasilkan satu-satu karya itu, Hailing Cuma mengambil masa sekitar dua jam sahaja. Selain lukisan Marilyn Monroe, Hailing turut menghasilkan karya mengagumkan seperti artis cina berpengaruh, Qi Bashi selain lukisan pemandangan seperti air terjun dan landskap.
So guys, hebat tak? Kalau dan tangan berseni, buat apa pun jadi. Jangan suruh min. Min nak lukis garisan lurus pun tak lepas. Haiyak!