Belajar di universiti yang memiliki rekabentuk unik, cantik dan suasana yang damai pastinya membuatkan fikiran kebih mudah menerima ilmu. Untuk segmen kali ni, main nak senaraikan top 6 pilihan university paling cantik di dunia yang korang sendiri tak pernah bayangkan.
- Universiti Cambridge (Cambridge, England)
Keunikan universiti ini bukan sahaja terletak pada reka bentuk bangunan tapi juga keindahan disekelilingnya. para penuntut kat boleh mengambil angin ditepian Sungai Cam yang kelihatan cukup indah. Min rasa tenang jer sekarang ni.
- Universiti Coimbra (Coimbra, Portugal)
Universiti Coimbra merupakan universiti tertua di Portugal sejak kurun ketujuh lagi. Universiti ni bukan sahaja tersenari sebagai universiti tercantik di dunia malah ia juga mempunyai perpustakaan yang sangat hebat.
- Universiti Yale (New Haven, Connecticut)
Bangunan Universiti Yale ini berunsurkan Gothic Victorian dan Ivy League. Universiti Yale ini juga merupakan institut ketiga tertua di Amerika Syarikat.
- Universiti Salamanca (Salamanca, Sepanyol)
Universiti Salamanca merupakan university tertua di Sepanyol dan terkenal dengan ciri rekaan Baroque iaitu seni bina yang mempamerkan motif ekstravaganza dengan seni lukis dan muzik pada kurun ke-17 dan kurun ke-18.
- Universiti Helsinki (Helsinki, Finland)
Universiti Helsinki ni sangat terkenal dengan keindahan warna-warna bangunan yang menggunakan rona pastel. Yang paling mengagumkan ialah taman botani yang terdapat di university ini. Ia menyimpan pelbagai jenis tumbuhan untuk tujuan penyelidikan sehingga di taman seluas 10 ekar ini.
- Ecole Nationale Superieure des Beaux-Arts (Paris, Perancis)
Universiti ini dikenali sebagai universiti permata di Perancis. Kampus ini menyimpan pelbagai artifak menarik seperti lukisan dari zaman Rom dan mempunyai halaman besar yang menakjubkan.
So guys, itulah top 6 universiti yang diiktiraf paling cantik di dunia. Memang cantik sangat. Tapi university yang ada kat negara kita pun apa kurangnya. Macam Universiti Putra Malaysia yang mempunyai lading yang luas dan Universiti Sains Malaysia yang menampilkan konsep university dalam taman. Walau kat universiti mana pun korang study, korang kena bersyukur sebab bukan mudah tau nak jejakkan kaki ke Menara gading.