Nak fokus study! Macam mana cara nak tolak cinta cara baik?

Memang ada dalam kalangan korang yang tekad dan nekad dengan azam MASUK UNIVERSITI SEBAB NAK STUDY BUKAN BERCINTA. Tapi boleh dikira dengan jari siapa yang ada perasaan macam tu.

Sebab apa yang min tahu, selain daripada melanjutkan pelajaran, kebanyakkan korang kat universiti laaa tempat korang mencari cinta, bercinta, bermain cinta, dipermainkan cinta dan sebagainya berkaitan cinta. Haiyoooo!

So, untuk adik-adik semua, kalau korang betul-betul tak nak bercinta waktu study, kat sini ada beberapa tip yang korang boleh buat, tak kisah untuk lelaki atau perempuan tanpa melukakan hati orang yang menaruh hat ikat korang tu. Meh baca.

  • Tidak bersedia

Mungkin kedengaran agak klise, tapi itulah jawapan yang sebaiknya untuk korang bagitahu kat crush korang untuk menolak cintanya. Berterus terang itu lebih baik dan kedengaran agak logic apabila korang berasa tidak bersedia untuk bercinta.

  • Teman tapi mesra

Kalau korang betul-betul taka da hati dengannya, tapi korang OK untuk berkawan dengan si dia, katakan bahawa korang hanya boleh menjadi teman sahaja. Hati tak boleh dipaksa. Agittcheww!

  • Mungkin bukan jodoh kita

Benda yang dipaksa, bimbang pula nanti tiada keserasian. So kalau korang yakin dia bukanlah jodoh terbaik untuk korang, maka anggap jer bahawa tiada jodoh antara kita.

  • Mahu tumpukan perhatian pada pelajaran

Inilah jawapan paling betul kalau korang tak nak bercinta waktu tengah belajar. Fokus untuk study adalah lebih penting dan si dia mesti akan memahaminya

  • Keluarga

Ingat keluarga korang yang bersusah payah hantar korang belajar tinggi-tinggi. Tunaikan impian kedua orang tua korang dahulu baru fikir benda lain.

Min tak pernah ada pengalaman bercinta zaman belajar. So apa yang min cakap ni adalah berlandaskan logik dan wajar diungkap saat korang ingin menolak cinta seseorang atas dasar untuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Good luck!

Read Previous

Sentuhan Berani Moden Klasik New Balance

Read Next

Perbezaan karakter pemilik anjing vs pemilik kucing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + eight =