Tampil dengan rekaan yang lebih segar, jenama kasut New Balance 850 lahir dengan idea yang lebih unggul mengikut arus semasa dengan rekaan moden klasik yang memukau.
Selepas lebih dua dekad kemunculannya pada tahun 90-an, New Balance 850 kini dipraktikkan dengan rekaan yang lebih moden sekali gus menampakkan sisi moden yang lebih bergaya dengan reka bentuk eksklusif tanpa logo.
Memberi penekanan pada permainan warna, New Balance 850 kelihatan berani dengan memberikan sentuhan “colour blocking” yang menyerlah berserta penggunaan material premium.
Tambah menarik apabila kasut ini turut mempunyai midsole ABZORB klasik untuk memberi sokongan dan kestabilan pada si pemakai yang didorong dengan system posing Rollbar.
Turut menampilklan citarasa cool era 70-an, New Balance Heritage Pack tampil dengan sneaker COM100 dalam memberi tampilan sejati era 70-an.
Pengguna pasti berasa selesa dengan daya genggaman yang kuat serta gaya rekaan kasut yang lebih unggul dan tersendiri biarpun dalam mood ‘old school’.
Pengayaan anda pasti akan tampil lebih terserlah dengan padanan pakaian seperti jaket polyester berwarna-warni dan t-shirt grafik yang hadir dalam penuh gaya.
Khusus untuk memperingati perjuangan untuk kebebasan di Amerika “Black History Month”, New Balance turut tampil dengan rekaan Inspire The Dream Pack untuk memberi inspirasi menyatukan generasi hari ini.
Menampilkan rekaan 850, 997, OMNIS dan 574 (mengikut arah jam dari sebelah kiri bawah), model ini meraikan pencapaian atlet seperti pemain bola keranjang Kawhi Leonard.
Hadir dalam variasi warna seperti biru laut, kelabu, merah dan emas, Inspire The Dream Pack mewakili gaya pemikiran dan keberanian untuk mengubah peraturan gaya hidup dengan cara tersendiri.
Keunikan terserlah dengan perincian yang tajam seperti midsole speckling pada model 850 dan 574 dan band midfoot khas yang tertulis “Inspire” pada OMN1S.
Dengan penggayaan moden klasik yang ditampilkan, si pemakai akan tampak lebih menyerlah dan istimewa dengan pilihan koleksi baharu dari New Balance. So korang tunggu apa lagi. Jangan tunggu untuk dapatkan koleksi terbaharu daripada New Balance pada Februari ini.