Kehendak dalam dunia pekerjaan hari ini dah berubah guys. Untuk korang yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian tidak kisah laaa sama ada peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah, pastikan jurusan yang korang pilih itu membolehkan you guys dapat kerja apabila graduate nanti. Terdapat beberapa bidang yang dikaitkan dengan pekerjaan HOT, iaitu korang akan mudah diterima dalam dunia pekerjaan dan ditawarkan dengan gaji yang lumayan. Kali ni min nak kongsi 10 bidang pengajian yang boleh menjamin kerjaya korang pada masa hadapan.
- Perubatan dan pergigian
Kalau korang nak tahu, bidang perubatan dan pergigian ni merupakan jurusan yang melibatkan kos pengajian paling mahal, iaitu sekitar RM100,000 untuk pengajian sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Berdasarkan survey, seramai 95 peratus pelajar perubatan dan pergigian akan mendapat peluang pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian. Tapi kena ingat, jurusan perubatan dan pergigian ni bukan mudah dan korang kena betul-betul struggle untuk melayakkan korang menjadi seorang doktor.
- Sains veterinar
Sebanyak 85.3 peratus pelajar daripada jurusan rawatan kesihatan haiwan akan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan. Walaupun sebelum ini, bidang veterinar pernah menjadi isu terutama bagi orang Islam apabila terpaksa bersentuhan dengan anjing, namun kesedaran yang tinggi terhadap keperluan memegang anjing dalam situasi tertentu telah menaikkan lagi popularity dalam bidang sains veterinar.
- Paramedik (jururawat)
Mereka ini sekali kita lihat berada di hospital untuk membantu doktor memberikan rawatan atau membantu pesakit. Bidang kejururawatan pada hari ini masih mendapat tempat dalam bidang pekerjaan apabila sekitar 79.8 peratus pelajar lepasan bidang kejururawatan mendapat tempat. Ini disebabkan juga banyak hospital baru dibina dan memerlukan jururawat yang ramai untuk bertugas.
- Seni bina, pembinaan dan perancangan
Kursus pengajian ni sangat unik dan juga mencabar kerana ia melibatkan gabungan dua bidang iaitu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ni telah banyak memberi sumbangan ke arah pembentukan persekitaran manusia dengan membina penempatan dan pembangunan. Sekitar 71.3 peratus graduan dalam bidang ini mendapat tempat dalam dunia pekerjaan.
- Kejuruteraan dan teknologi
Bidang kejuruteraan dan teknologi ni tak banyak beza dengan bidang seni bina dan perancangan. Cuma cabangnya lebih luas apabila pelajar dalam bidang nib oleh memasuki cabang yang lebih besar seperti industri termasuk dalam bidang pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan dan pengurusan. Kajian mendapati sebanyak 62.8 peratus mereka dalam bidang ini mendapat tempat dalam dunia pekerjaan.
- Sains komputer
Sesuai dengan peredaran zaman pada hari ini, bidang sains komputer dilihat masih relevan dan mendapat tempat dalam dunia pekerjaan. Dengan kecanggihan teknologi hari ini, permintaan dalam bidang pekerjaan masih mendapat tempat apabila sebanyak 59.1 peratus pelajar lepasan jurusan sains komputer mendapat tempat dalam sector pekerjaan.
- Pendidikan
Mereka yang mempunyai Ijazah dalam bidang ini sangat sesuai untuk menceburi bidang psikologi dan sosiologi Pendidikan manusia. Peranan guru pada hari ini dilihat agak mencabar kerana ia berperanan dalam memupuk perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, Bahasa dan esktetika manusia. Sebanyak 59.1 peratus mereka yang berkelulusan dalam bidang Pendidikan mendapat tempat dalam sector pekerjaan.
- Pengajian perniagaan
Bidang ini menuntut seseorang itu mendalamim kemahiran dalam bidang pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans dan keusahawanan. Mereka juga sering dilihat sebagai golongan profesional yang berjaya. Seramai 49 peratus pelajar jurusan pengajian perniagaan ini mendapat pekerjaan selepas bergraduasi.
- Sains Matematik
Pelajar lepasan Sains Matematik memerlukan mereka mempunyai kemahiran dalam menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan terhadap persekitaran industri. Seramai 47.1 peratus pelajar lepasan sains matematik memperoleh pekerjaan dengan mudah.
- Pengajian sosial
Merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Bidang ni sebenarnya merangkumi cabang yang luas seperti geografi, ekonomi, sains politik dan sosial. Sebanyak 44.9 peratus pelajar jurusan pengajian sosial telah memperoleh pekerjaan.
Jadi, kalau nak pastikan diri korang diterima dalam bidang pekerjaan, korang perlu tahu tahap kemampuan korang dalam bidang yang korang pilih. Jangan buang masa dan wang untuk belajar sesuatu bidang yang tidak menjamin masa depan korang ok.