Tahniah Lao Wu! Anjing pertama terima pingat ‘Jasamu Dikenang’

Sumber: Bernama

Min nak ucapkan tahniah untuk seekor anjing daripada baka German Sheperd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebab telah mencipta sejarah.

Kalau nak tahu, anjing yang bernama Lao Wu itu telah menjadi anjing pertama menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ Bagi polis kontinjen Pahang, semalam.

Pingat tersebut telah diberikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Abd. Jalil Hassan yang diwakili timbalannya, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri. Hebat betul Lao Wu ni apabila dapat pingat pengiktirafan daripada PDRM!

Menurut pengendali Lao Wu, Sarjan S. Sanmugam, anjing yang berusia lima tahun tu telah menerima penghargaan selepas berjaya mengesan seorang suspek curi kenderaan yang telah melarikan diri sejauh lebih empat kilometre.

Kejadian tu berlaku kay lading kelapa sawit di Felda Sungai Tekam dekat Jerantut pada 14 Nov tahun lepas. 

Masa hari kejadian, Lao Wu Nampak begitu bersemangat untuk mencari suspek dan terjumpa sungai sekitar pukul empat pagi. Kat sungai tu, Lao Wu tiba-tiba agresif sebab nak menyeberangi sungai sebelum polis terjumpa tompokan darah.

Atas bantuan anjing tersebut, penjenayah akhirnya berjaya ditangkap pada pukul 10.45 pagi kat belakang sebuah rumah. Betul-betul hebat anjing pengesan ni.

Min selalu tengok kat dalam filem jer bila polis terpaksa menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari orang jahat.

Kalau nak tahu, Lao Wu ni dibawa dari China sejak tahun 2015 dan merupakan anjing pengesan keempat dalam tempoh 29 tahun berkhidmat dengan unit K9.

Read Previous

Selalu skip breakfast? Ketahui kelebihan ambil sarapan pagi

Read Next

10 Jurusan jamin kerjaya masa hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 5 =