Selalu skip breakfast? Ketahui kelebihan ambil sarapan pagi

Sarapan pagi sebenarnya penting untuk diambil pada setiap pagi sebab ia akan mengekalkan tenaga korang untuk menjalani rutin harian.

Min sedar tak semua pelajar akan mengambil sarapan pagi dan selalunya akan skip daripada mengambilnya kerana kesuntukan masa, atau mungkin ingin berjimat. Tapi tahu tak korang bahawa sarapan pagi sebenarnya sangat penting terutamanya untuk pelajar kerana ia mempengaruhi kecerdasan dalam memberi tumpuan penuh ketika di dalam kelas. 

So, kat sini min nak share sikit sebab kenapa korang perlu mengambil sarapan pagi bermula hari ini dan pilihan menu yang sesuai supaya korang kekal cergas sepanjang hari. 

  • Mengalas perut waktu pagi

Korang boleh bagi tumpuan ke kalau kelas korang dibuat pada waktu awal pagi, selama dua jam dalam keadaan perut kosong? Sekurang-kurangnya korang boleh alas dulu perut dengan roti bun atau paling tidak minum secawan milo panas. Itu dah cukup memadai.

  • Membekalkan tenaga sepanjang hari

Ada hari-hari tertentu, rutin korang kat universiti memang padat dan memenatkan. Kelas silih berganti. Tambahan pula korang perlu siapkan tugasan yang kian hampir. So dengan mengambil sarapan pagi, korang akan dapat membekalkan tenaga korang sepanjang hari kerana badan korang mengandungi glukosa yang mencukupi untuk memberikan tenaga.

  • Mengelakkan pengambilan makanan lebih banyak

Korang yang tak ambil sarapan pagi, lebih cenderung untuk makan lebih banyak pada waktu makan tengah hari. Betul tak? Perut korang yang dibiarkan kosong sejak awal pagi membuatkan nafsu makan korang menggelodak untuk makan lebih banyak kerana berasa sangat lapar. So bila korang ambil sarapan, sekurang-kurangnya korang tidaklah terlalu lapar macam orang dah seminggu tak makan.

  • Cergaskan minda

Sebagai pelajar, korang memerlukan daya minda yang cergas dan aktif sepanjang masa terutama untuk memberi tumpuan di dalam kelas. Seeloknya, korang tidak digalakkan untuk mengambil menu yang terlalu berat seperti nasi lemak kerana ia boleh membuatkan korang mengantuk sekali gus menganggu sesi pembelajaran di dalam kelas.

  • Memastikan metabolisma badan pada tahap optimum

Bila seseorang tidur, metabolisma di dalam tubuh akan menjadi perlahan sebab kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Yang membantu membakar kalori dalam badan. Sebarang bentuk menu berkhasiat yang diambil ketika sarapan membantu metabolisma untuk membakar lemak pada waktu pagi dan bukannya pada waktu tengah hari selepas seseorang itu mengambil makan tengah hari.

  • Mengurangkan stress dan perasaan marah pada waktu pagi

Pernah dengar pepatah kata gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Lebih kurang macam tu laa perumpamaan yang cuba diberi. Bayangkan korang perlu lalui perkara yang korang malas nak buat pada hari tersebut. Pada masa sama perut korang pula lapar. Situasi tersebut memungkinkan korang untuk berasa cepat marah. Sarapan bukan sahaja boleh menghilangkan perasaan sebegini, tetapi juga boleh menyuntik tenaga dan semangat baru sewaktu belajar.

Sekarang ni min nak share pula cadangan jenis makanan yang boleh korang ambil sebagai makanan pertama pada waktu pagi:

  • Bijirin tinggi serat bersama dengan potongan buah-buahan, susu rendah lemak atau air kacang soya
  • Protein shake rendah lemak bersama  buah-buahan segar
  • Bubur sama ada bubur nasi atau bubur oat
  • Roti bakar tinggi serat dengan sapuan mentega kacang
  • Yogurt atau segelas susu
  • Kalau korang jenis yang kena makan berat pada waktu pagi seperti nasi goreng, pastikan masakan tu kurang minyak, garam dan lebihkan sayur-sayuran.

Read Previous

Lapar tapi takut nak makan selepas bersenam? Jom amalkan diet ni

Read Next

Tahniah Lao Wu! Anjing pertama terima pingat ‘Jasamu Dikenang’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + fourteen =