Perkara yang korang akan rindu lepas habis belajar

Pengalaman dapat menjejakkan kaki ke universiti atau kolej memang indah. Banyak perkara yang korang lalui dan mungkin menjadi antara kenangan yang korang akan ingat sampai bila-bila. Tak mustakil gak ada antara momen yang korang akan rindukan selepas korang tamat belajar nanti. Kat sini min nak senaraikan 10 perkara yang mungkin korang akan rindu waktu zaman study. Apa yang min rasa mungkin tak sama seperti apa yang korang rasakan. Apa-apa  pun jom semak sama-sama!

Rakan rapat di kampus

Antara perkara yang korang akan rindu ialah waktu bersama rakan baik korang waktu kat kampus. Tak banyak sikit, korang mesti ada kawan baik setakat sorang atau dua orang waktu study dulukan? Min tak nafikan bend ani sebab min pun ada kawan baik zaman study dulu dan masih berkawan baik sampai sekarang. Tapi ada juga orang yang tak ada kawan masa study mungkin sebab dia tak pandai bergaul atau dia fokus untuk study berbanding untuk membina jaringan rakan?

Tugasan pensyarah/assignment

Ada ke yang rindu nak buat assignment? Percayalah bila korang dah tak payah hadap benda-benda ni, sampai satu tahap korang akan terkenang balik momen korang bertungkus-lumus siapkan tugasan yang melambak. Paling mati kalau dateline setiap tugasan tu dekat-dekat. Haiyooo..!! 

Minta tolong kawan isi kehadiran ke kelas

Walaupun bersifat buruk, korang mesti atleast sekali jer minta tolong kawan tandatangan kehadiran kelas kuliah atau tutorial sebab ponteng kelas. Tipu kalau tak pernah. Hahahaha..benda ni tak baik tau..so jangan buat yer. 

Ponteng kelas 

Cukuplah sekali jer min pernah ponteng kelas. Korang plak? Nak-nak kalau kelas tu petang. Pastu pensyarah pulak jenis yang membebel, satu apa tak masuk otak. So decide haritu tak nak pergi kelas. Itu jer laa sekali min buat. Korang jangan ponteng tau. Silap-silap tak lepas nak masuk dewan exam sebab kerap sangat ponteng kelas.

Pensyarah

Ada student yang sangat menjaga hubungan baik dengan pensyarah. Dah jadi macam kawan-kawan pun yer. Hujung minggu ajak pensyarah keluar. Pastu minta pensyarah belanja makan tak pun tengok wayang. Hahahaha.

Hostel

Korang stay hostel ke rumah sewa masa study dulu? Min stay kat hostel dari mula sampai habis belajar. Sebab min aktif dengan aktiviti kat kampus kot? Hostel tu akan jadi macam rumah korang selama tempoh korang belajar kat situ. So akan ada sikit laa rasa rindu bila teringatkan bilik hostel yang korang pernah tinggal. Walaupun hostel min tu diaorang cakap ada momok, min tetap rindu jugak!

Aktiviti universiti

Korang aktif tak waktu kat university dulu? Mungkin korang ada join mana-mana kelab atau persatuan? Libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan? Min dulu penari kebudayaan universiti, so kerap juga laa ke sana ke sini mewakili universiti dalam pertandingan tarian. Bila dan habis belajar korang dah tak buat benda-benda tu lagi. Rindu pulak nak menari..Ahaiii!

Jodoh tak kesampaian

Erkk? Ada ke momen macam ni yang korang rindukan? Mungkin ada. Zaman kat university mungkin ada dalam kalangan korang yang pernah bercinta tak pun korang suka kat someone tapi tak kesampaian. Dah habis study kadang-kadang momen ni dating menjengah sekejap. Tak pasal-pasal rindu.

Kafe/kantin

Kat universiti min dulu ada 20 buah kafe. Hari-hari makan kat kantin lain-lain. Kalau korang mesti ada kafe yang jadi feberet korang untuk makan right? 

Keluar lepak

Hujung minggu korang selalu buat apa? Waktu hujung minggulah waktu korang plan nak lepak dengan kawan-kawan dan mesti ada tempat feberet korang untuk hang out. Bila dah habis belajar, kadang-kadang teringin nak pergi kat tempat yang korang selalu lepak dengan kawan-kawan waktu belajar dulu.

So itulah sedikit-sebanyak rangkuman perkara yang korang akan rindu waktu belajar dulu. Setiap orang ada pengalaman yang berbeza. Mungkin ada perkara korang rasa kurang bersetuju dengan min. Itu terpulang pada pengalaman dan pandangan masing-masing. Chill…

Read Previous

Makanan murah dan kenyang untuk pelajar universiti

Read Next

6 tanda kucing korang sayang kat korang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 1 =