Credit foto: Selangorkini.my
Pernah tak korang terpaksa ikat perut menahan lapar gara-gara taka da duit untuk makan masa study kat university dulu? Min pernah lalui zaman tue. Memang struggle bila dalam dompet tinggal duit syiling jer. Nak meminta kat emak ayah segan. Nak meminjam kat kawan diaorang pun sama jugak. So kat sini min nak bagitahu antara makanan murah tetapi mengeyangkan yang boleh dinikmati terutama semasa waktu ‘sesak’ oleh pelajar-pelajar kat universiti. Takmo cedey-cedey okey.
Roti keping
Roti keeping atau ada yang panggil roti buku nie memang sangat sedap dimakan begitu sahaja tau. Nak kata mahal sangat pun, pek yang paling besar rasanya baru RM3 lebih jer untuk saiz besar. So untuk adik-adik sekalian, pastikan korang ada beli roti buku nie untuk dimakan waktu-waktu terdesak. Selain boleh dimakan macam tue jer, korang boleh jugak buat sandwich atau cicah dengan teh kosong. Paling tidak, korang beli laa sikit kuah kari kosong kat kafe untuk dicicah. Kadang-kadang akak kafe murah hati dia bagi free jer kuah kosong. Roti kosong kaya dengan kandungan karbohidrat, potassium, fiber dan pelbagai lagi nutrient penting. Walaupun takde laa sesedap Pizza Hut, tapi boleh laa untuk korang alas perut tue daripada terus kelaparan.
Roti canai
Kalau nak berjimat masa makan kat luar, korang boleh laa order roti canai kosong. Rata-rata harga sekeping roti canai RM1. Kalau rasa tak cukup, boleh makan dua keping dan dimakan dengan kuah banjir. Mudah-mudahan kenyang.
Nasi lemak
Kalau makan nasi campur, takut terlebih bajet pulak. Makan nasi lemak biasa yang ada telur mata. Harga semasa sekarang antara RM3 hingga RM5. Kalau beli nasi lemak bungkus tue mungkin lagi berbaloi dengan harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sebungkus. Kalau dapat beli dua bungkus memang dah cukup kenyang dah. Harga nasi lemak nie ikut Kawasan jugak sebenarnya. Ada nasi lemak berserta lauk dijual pada harga yang cukup murah.
Telur
Untuk korang yang tinggal kat rumah sewa, pastikan korang selalu ada stok telur yer. Inilah makanan yang boleh membantu mengatasi masalah perut lapar anda. Sebelum ke kelas, korang boleh buat telur hancur dan dimakan dengan roti. Selain mengenyangkan, telur juga terbukti khasiat yang baik untuk kesihatan. Antara kandungan nutrien yang terkandung dalam telur ialah protein, lemak, mineral, garam dan vitamin.
Coleslaw
Kalau kat rumah sewa korang ada peti ais, korang boleh beli kobis dan mayonis untuk dibuat coleslaw homemade. Cara penyediaan pun mudah. Korang Cuma perlu cincang kobis dan digaul Bersama mayonis. Nak lagi sedap, korang boleh tambah sedikit potongan ubi kentang yang telah direbus. Selain boleh dimakan begitu sahaja, korang boleh jugak makan dengan roti keping atau roti bun. Pasti mengenyangkan.
Biskut
Dengan bermodalkan tidak lebih RM5, korang boleh dapatkan pelbagai jenis biskut tawar yang dijual dalam pek. Daripada korang mengunyah kerepek atau keropok yang bersaljut garam dan tidak sihat. Untuk masa-masa tertentu, biskut kosong dapat jadi penyelamat semasa anda kelaparan.
Sardin
Ini antara salah satu makanan yang menjimatkan dan berbaloi untuk dimakan sewaktu lapar. Untuk satu tin sardin biasanya ada 3 hingga 4 ketul ikan sardin. Untuk portion macam tue boleh dimakan untuk 2 hingga 3 kali sehari. Kalau ada lebih boleh disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Korang jugak boleh variasikan masakan sardin untuk buat nasi goreng sardin atau sandwic.
Mi segera
Mungkin ini adalah makanan paling menjadi pilihan untuk pelajar university walaupun ia tidak begitu menyihatkan. Terdapat pelbagai pilihan mi segera di pasaran dengan pelbagai perisa. Asalkan korang kenyang, boleh bagi tumpuan untuk belajar. Tapi kalua boleh jangan amalkan selalu okey.
Waktu susah kat university selalunya akan menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Ingatlah setiap kesusahan yang pernah kita lalui semasa zaman belajar. Percayalah kenangan tue akan menjadi momen indah suatu hari nanti.