Nak pergi bercuti tapi poket tak berapa nak tebal. Itu situasi biasa bagi mahasiswa yang hendak pergi bercuti, tapi bajet tak berapa nak cantik. Nak melepak dengan kengkawan pun masih nak berkira. Tapi korang tak payah risau. Sebenarnya boleh jer kalua korang nak pergi bercuti kalua korang ikut 7 tips kat bawah ni.
- Rajin check tiket flight murah
Kalau korang nak bercuti ke destinasi-destinasi murah di luar negara, pastikan korang selalu check tiket flight yang menawarkan harga murah terutama pada waktu promo. Kalau boleh elakkan mencari tiket flight pada hari minggu kerana harganya lebih mahal. Untuk mencari tiket flight pada harga murah, korang boleh cari kat google flight atau skyscanner. Selain tu, korang jugak kena fikir bajet untuk pengangkutan lain seperti bas, teksi, kereta sewa atau motosikal yang boleh dikongsi Bersama kawan-kawan.
- Ikut kawan pulang ke kampung
Korang boleh jugak ikut kawan rapat korang kat kampus pulang ke kampung. Tapi pastikan tujuan korang tu tak membebankan keluarganya. Paling penting duduk rumah orang jangan nak cerewet sangat. Cara tersebut sebenarnya juga salah satu cara membolehkan korang travel dan dapat menjimatkan kos. Kawan-kawan korang ada yang dating dari pelbagai negeri. Tak perlu bercuti lama, sekadar 3 hingga 4 hari pun dah cukup. Bijakkan?
- Sertai program sukarelawan dan kegiatan sosial
Melibatkan diri dalam program sukarelawan juga boleh dijadikan cara untuk korang boleh menjelajah ke beberapa lokasi lain semasa bertugas. Bukan itu jer, korang jugak boleh menambah pengalaman dan melihat ragam budaya di tempat lain. Dah alang-alang menyertai program sukarelawan tue, korang jugak boleh la berkenalan dengan kawan-kawan baru nanti.
- Manfaatkan harga pelajar
Semasa bergelar pelajar atau mahasiswa, manfaat status tersebut dengan sebaik mungkin. Helo..?? Bohong kalau korang tak pernah guna kad pelajar untuk dapatkan potongan harga untuk membeli tiket wayang. Sebagai pelajar, korang jugak boleh mendapatkan potongan harga tiket muzium dan beberapa tempat pelancongan sehingga separuh harga dengan menunjukkan kad pelajar semasa bercuti nanti.
- Cari tempat menginap paling murah
Kalau rasa segan atau takut menyusahkan untuk tinggal di rumah kawan korang kat kampung, korang boleh cuba untuk mencari hotel bajet yang murah untuk menginap. Kalau korang dating dalam kumpulan yang ramai antara 4 hingga 5 orang, korang boleh menginap di Airbnb. Kat situ korang boleh masak sendiri dan berkongsi bajet belanja.
- Banyakkan berjalan kaki
Jangan malas untuk berjalan kaki. Umur korang masing muda dan sihat. Jadi tak ada masalah untuk korang berjalan kaki semasa bercuti berbanding menaiki pengangkutan awam. Bahkan, mana tahu korang boleh terjumpa tempat menarik semasa korang sedang berjalan kaki. Boleh jugak menyinggah untuk berselfie.
- Ketahui tempat masuk percuma
Kat KL melambak tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi dengan percuma macam Taman KLCC, KL City Library, KL Forest Eco Park, malah korang boleh pusing-pusing keliling kota dengan menaiki bas percuma GoKL dari 6 pagi hingga 11 malam. Kalau kat tempat lain mesti ada jugak beberapa lokasi percutian menarik yang korang boleh pergi dengan percuma. So, rajin-rajinlah untuk buat research mencari lokasi-lokasi tersebut.
So guys, macam mana? Dah bersedia untuk pergi bercuti? Buat persediaan awal dan rancang perjalanan sebaiknya ok.