Untuk mahasiswa atau mahasiswi, waktu cuti semester bukanlah waktu untuk korang bersenang-lenang, membesarkan perut dengan berehat semata-mata di rumah. Pada waktu itulah, masing-masing berlumba-lumba mencari peluang bekerja sementara untuk mencari duit belanja.
Tapi rasanya tak ramai yang rajin untuk bekerja secara part time sebab rata-rata student berasa malas untuk bekerja terutama bagi korang yang lahir dalam keluarga berada. Untonggggg laaaa..!! Tapi untuk korang yang rajin mencari duit tepi, kat sini ada beberapa tip yang boleh dikongsi untuk korang yang ingin mencari pekerjaan sementara pada cuti semester.
- Cari pekerjaan sesuai
Pekerjaan sesuai itu bermaksud pekerjaan yang tidak terlalu membebankan diri korang. Bekerja di restoren-restoren makanan segera, jurujual di pasar raya atau tutor di pusat tusyen sudah cukup memadai untuk pelajar yang bekerja secara sambilan nie. Korang pun tidak boleh terlalu memilih untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji yang besar sebab pengalaman pun tak ada. Biasanya pasar raya besar banyak menawarkan kerja kosong khas untuk pelajar. Sekurang-kurangnya lepas laaa jugak untuk korang buat duit belanja masa kat university nanti.
- Tetap vs sementara
Mostly majikan atau tempat anda mencari kerja itu akan bertanyakan soalan sama ada anda mahu bekerja secara tetap ataupun secara sambilan? Untuk korang yang taka da apa-apa masalah daripada segi masa, disarankan untuk bekerja secara tetap walaupun pada hakikatnya korang bekerja hanya untuk sementara. Banyak kelebihan bekerja secara tetap daripada segi bayaran gaji dan juga kelebihan daripada segi cuti sakit dan korang juga akan diberi caruman Socso dan KWSP.
- Lokasi
Lokasi untuk korang bekerja pun kena ada dalam perancangan. Untuk korang yang mempunyai kenderaan sendiri mungkin tak jadi masalah besar walaupun hanya menunggang sebuah basikal. Untuk korang yang tinggal di bandar mungkin taka da masalah sangat sebab melambak public transport.
- Berdisiplin
Tahu laa korang tu kerja untuk sementara. Tapi bila dah jadi pekerja, cuba jadi seorang yang berdisiplin. Datang tepat pada waktu bekerja, jangan curi tulang dan jalinkan hubungan era tantara majikan dengan pekerja-pekerja lain. Mana tahu ada rezeki lain kali bila korang nak bekerja semula sementara menunggu dapat pekerjaan tetap yang lebih baik, korang boleh bekerja balik kat sana. Paling penting bila korang bekerja dengan ikhlas, rezeki yang dapat pun berkat.
- Gaji
For sure laaa korang kerja sebab nak dapat duit poketkan? Cuba survey dulu gaji kat beberapa tempat. Ambil kira kelebihan dan keburukkan, lepastue baru korang decide mana yang korang rasa berbaloi. Kerja 12 jam sehari gaji RM500 sebulan..Apooo??
- Jangan lupa tanggungjawab
Untuk korang yang dah mula bekerja secara sementara tue, jangan pulak bila dan syiok kerja lupa terus pada tugas hakiki sebagai pelajar. Dah sedap pegang duit walaupun tak seberapa, tiba-tiba kata nak berhenti belajar la, nak Tangguh belajar la, nak tukar course belajar la. Haishhh! Jangan nak macam-macam ek. Cukup waktu, hantar notis berhenti secara baik lepas tue balik kampus jadi student semula.
Tapi sebenarnya ada jer pelajar yang belajar tapi pada masa sama masih bekerja secara sambilan. Bukan kaleng-kaleng student yang boleh focus buat dua kerja dalam satu masa. Untuk topik bekerja sambal belajar nanti min kupas pada isu akan datang ok. Daaaa….