Tergendala Tiga Serangkai

Sekarang semua orang menggunakan media social dan system pesanan ringkas untuk berhubung. Apatah lagi ada yang menggunakan paltaform tersebut sebagai punca pendapatan mahupun melakukan kerja.

Jadi sekiranya berlaku ganguan teknikal yang mampu menjejaskan penggunakan applikasi tersebut , maka pasti akan menjejaskan kerja seseorang.

Baru-baru ini ketika sedang sibuk melayari media social dan berchatting Bersama sahabat, terlihat saatu perkataan ketika sedang membuka aplikasi pesanan ringkas WhatsApp yang menunjukkan “from Facebook”.

Bukan itu sahaja, malah Instagram juga menunjukkan tulisan “from Facebook”.

Jelas syarikat Facebook telah membeli dua aplikasi ini dan membesarkan lagi company mereka.

Oleh sebab itu juga, apabila system tergendala, tiga applikasi serangkai ini turut tergendala. Tahun ini saja banyak kali jadi.

Bagaimana Whatsapp tercipta ?

WhatsApp diperkenalkan pada 2009 oleh Jon Koum & Brian Acton. Kedua-duanya adalah pemprogrem komputer yang juga bekas pekerja Yahoo!

Pada awalnya juga, WhatsApp secara ekslusif tersedia hanya di App Store iPhone sahaja. Dan beberapa bulan selepas itu, ia tersedia di Blackberry.

Setelah beberapa tahun beroperasi, WhatsApp digunakan kira-kira 200 juta pengguna yang aktif pada tahun 2013.

Dan bermulanya kemuncak penggunaan di seluruh dunia yang menenggelamkan Blackberry Messenger.

Pada Feb 2014, Facebook telah membeli WhatsApp dengan nilai $19 billion. Ia satu nilai yang agak tinggi pengambilalihan sesebuah syarikat pada masa itu.

Selepas pengumuman pengambalihan oleh Facebook, terdapat pengguna yang berhasrat untuk pindah ke aplikasi lain.

Antaranya seperti Telegram yang dikhabarkan mendapat 8 juta pengguna baharu pada masa itu.

Selepas beberapa hari selepas itu, pengasas WhatsApp sendiri umumkan bahawa mereka sedang implementasi fungsi ‘voice note’ pada WhatsApp.

Dan pada tahun 2015, WhatsApp berjaya meraih lebih 700 juta pengguna aktif dan lebih 30 billion mesej setiap hari.

Sejak tahun 2016 sehingga kini, pelbagai fungsi baharu diperkenalkan oleh WhatsApp termasuk fungsi :

• Panggilan

• Panggilan video

• Fungsi status

• Swipe reply

• Dan pelbagai lagi

Termasuk aplikasi “WhatsApp Business” yang mula diperkenalkan pada Android dahulu pada Januari 2018.

Malangnya, pengasas WhatsApp sendiri iaitu Jan Koum telah umumkan bahawa beliau akan meninggalkan syarikat itu pada April 2018 dan digantikan dengan Chris Daniels.

Tahun 2019, aplikasi WhatsApp mempunyai paparan nama “from Facebook” seperti yang anda lihat sekarang.

Hatta pada 2020 nanti, Facebook juga telah umumkan bahawa WhatsApp juga bakal memaparkan iklan seperti di Facebook.

Jadi persoalannya sekarang, jika ada iklan maka jadi tak seronok lah kalau nak berchatting kan ?

Bayangkan tengah chat dengan pasangan tiba-tiba ada iklan , terus potong mood untuk bersosial.

Tapi bukan mudah unutk beralih ke applikasi lain sebab rata-rata pengguna dah terbiasa dan ramai yang menggunakan untuk kerja.

Apatah lagi warga emas yang agak kurang dengan perubahan terknologi masa kini, pasti menyukarkan mereka.

Menjelang 2020 ni, apa keputusan korang ? Nak tukar atau tunggu saja benda tu jadi dulu ?

Kredit : Twitter @thefaizzainal

#AiskrimPotong

#Whatsapp

#Tergendala

Read Previous

7 Lawak Pak Pandir

Read Next

Nak Jadi Orang Berjaya Kenalah Urus Masa Dengan Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =