7 Lawak Pak Pandir

A picture containing sky, grass, outdoor, yellow

Description automatically generated

Siapa je yang tidak kenal Pak Pandir ? Beliau memang terkenal akan sikap kedunguannya , kelurusan dia dan selalu jadi bahan lawak orang sekeliling . Tapi dalam lawak dia ada serba sedikit pengajaran tentang realiti kehidupan yang penuh onak dan duri 

Kalau nak dijadikan cerita memang banyak koleksi lawak Pak Pandir tapi min ambil top 7 sahaja . Jom kita layan sama-sama ..

#1 Kisah Pak Pandir dan Pak Kaduk 

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya , Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni . 

Pak Pandir: “Apa yang kau bawa dalam guni itu , Kaduk ?

Pak Kaduk : ” Ayam . Cuba engkau teka berapa jumlahnya ? Kalau betul , kesemua tiga ekor ayam ini yang aku bawa akan ku berikan kepada engkau !

Pak Pandir : “Berapa ya ? Emm .. 4 kot ??

#2 Pak Pandir dengan motorsikal baru 

A close up of a motorcycle

Description automatically generated

Pak Pandir baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang . Lalu ditumpangkan kawannya itu . Dalam perjalanan kawannya merasakan Pak Pandir itu hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu kawannya pon bertanya ..

Kawan : Kenapa kau hanya menggunakan gear 1 sahaja ?

Pak Pandir : Kalau rosak gear 1 , ada 3 gear lagi 

kawan : ???!!!

#3 Pak Pandir kena kencing manis 

A close up of a sign

Description automatically generated

Pada suatu hari di hospital besar Kota Bahru .. Pak Pandir menunggu untuk mendapatkan rawatan . Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama . Lalu lelaki muda itu menyapa 

Lelaki muda: Pokcik ni sakit gapo ?

Pak Pandir : Kencing manih , lamo dah kena ..

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri itu lalu pak pandir menanya orang muda disebelahnya 

Pak Pandir : Tu bakpo pulok ?

Lelaki Muda : Kecemase (kecemasan)

Pak Pandir : Ohh rupanya kencing mase (kencing masam) lebih teruk dari kencing manih 

#4 Pak Pandir mintak cuti 

A picture containing toy

Description automatically generated

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager untuk minta cuti ..

“Tuan , saya mahu minta cuti seminggu balik kampung . Ada urusan keluarga  , bolehkah ?

Manager: “Cuti seminggu ? Okeylah saya bagi seminggu cuti”

Selepas 14 hari baru Pak Pandir kembali bertugas .

Manager: : “Kenapa cuti dua minggu ?” 

“Saya minta seminggu cuti , Tuan bagi seminggu cuti , jadi dua minggulah cutinya ..

#5 Pak Pandir naik kapal terbang

Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu kesayangnnya . “Cu , Atok teringin sangat nak merasa naiki kapal terbang “.” Baiklah tok , satu hari nanti kita naik kapal terbang bersama “kata cucu Pak Pandir . Maka suatu hari , cucu kesayangannya Pak Pandir pergi booking tiket . Hari yang ditunggu pon tiba .

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapal terbang untuk ke negara jiran terhampir iaitu Singapura . Sewaktu di dalam kapal terbang , penghawa dingin tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas .

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan kepada cucunya . Selepas 40 minit berada di dalam kapal terbang , maka mendaratlah mereka di Changi . Pak Pandir dan cucunya pun turunlah dari kapal terbang . Tetiba Pak Pandir terperasan enjin kapal terbang tapi beliau tidak tahu apa itu . Dalam hati Pak Pandir berkata ” patutlah panas dalam kapal terbang tadi , rupanya kipas letak dekat luar” -_-!

#6 Pak Pandir ke kebun

A close up of a sign

Description automatically generated

Seperti biasa Pak Pandir nak pergi memotong getah . Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir . Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah .

“Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampi ke kebun getahnya . Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalan raya besar , ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul0betul didepan kebunnya . Selepas dia membaca papan tanda tersebut , dia pun pulang hampa .

Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke ruma lalu bertanya . “kenapa bang ?” 

Pak Pandir pon menjawab “Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah ? Diletaknya papan tanda besar dekat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda “DILARANG MEMOTONG”. 

#7 Kedai Pak Pandir kene rompak 

A close up of text on a black background

Description automatically generated

Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta , ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai di ibu kota . Kerugian dianggarkan berjumlah RM100 ribu ringgit . Seorang pemberina Nazreen Jafri dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut iaitu Pak Pandir 

Nazreen : Berapakah kerugian yang pakcik alami kerana rompakan ini ?

Pak Pandir : Rasa-rasanya seratus ribu lebih tapi masih untung la ..

Nazreen : Eh , macam mana pulak pakcik boleh kata masih untung ?

Pak Pandir : Saya masih untung kerana rompakkan itu berlaku harini ,bukan semalam ..

Nazreen : Apa beza harini dengan semalam pulak ?

Pak Pandir : Kerana harini pakcik bagi diskaun 50% untuk semua harga barang .. Kalau semalam belum diskaun lagi …

Begitulah antara gelagat Pak Pandir . Dekat laman social memang bersepah dengan jenaka lurus dia . Hope korang terhibur dengan artikel ini . Kalau ada yang tahu lawak Pak Pandir yang lebih lawak , tinggalkan diruangan komen ….

Read Previous

10 Tips nak berjimat ketika belajar

Read Next

Tergendala Tiga Serangkai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − seven =