Bukan susah nak jadi orang yang berjaya dalam hidup ni, apatah lagi buat pelajar universiti yang masing-masing sibuk dengan kerja khusus, presentation dan bersosial.
Walaupun di alam universiti itu hidupnya tidak menyusahkan tetapi harus diingat bahawa masa amat penting dalam membentuk seseorang sebelum kea lam pekerjaan.
Anda tidak seharusnya membazirkan masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah, dan perlu tahu untuk menguruskan masa dengan efisien.
Antara tips yang boleh digunakan dalam hidup untuk mengurus masa:
Bijak Bahagikan Masa
Orang yang berjaya cenderung untuk berfikir untuk suatu tempoh jangka masa yang panjang. Elon Musk juga tiada bezanya. Beliau melakukan perkara dengan menddunakan jadual. Beliau melakukannya dengan membahagikan waktunya kepada slot selama lima minit. Dengan memecah hari ke jadual yang kecil, Musk boleh memberi tumpuan kepada tugas sepenuhnya. Oleh itu, jadual merupakan satu kaedah yang penting dalam membahagikan masa secara sistematik.
Dengan syarikat Space X dan Tesla, usahawan berwawasan itu dikatakan berjaya mengurangkan masa bekerja daripada 100 jam seminggu kepada 85 jam seminggu.
Fokus Kepada 5
Orang yang berjaya cenderung untuk menjadi pakar dalam mengasingkan tugas-tugas yang penting untuk berjaya. Lima tugas, adalah nombor yang sering disebut. Menurut artikel yang tersiar, sifu pelaburan iaitu Warren Buffett ditanya oleh juruterbangnya untuk mendapatkan nasihat tentang kejayaan.
Buffett memberitahu juruterbang tersebut untuk membuat senarai 25 sasaran atau matlamat yang ingin dicapai pada tahun depan. Kemudian dia memberitahunya untuk memilih lima gol utama dan lupakan kepada sasaran atau matlamat yang lain.
Bangun Awal
Bangun awal akan menjadikan anda lebih produktif. Bagi orang dewasa, mereka hanya perlu tidur 5 hingga 6 jam sehari unutk mendapatkan rehat yang cukup. Disamping pemakanan yang sihat.
Ingatlah Bahawa Setiap Orang Ada 24 Jam Sehari
Jangan pula kita kata masa tidak mencukupi, sebab setiap orang diberikan masa 24 jam sehari. Terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya sebaik yang mungkin.
Buang Perkara Yang Tidak Berfaedah
Dalam buku yang berjudul ‘The Ultimate Guide to Time Management’ ahli perniagaan dan penulis terkenal, Tony Robbins menasihatkan pembacanya untuk menjaga masa mereka dengan cara yang sama mereka menjaga wang.Pengurusan masa, sebagai sumber mesti dipelihara dengan mengelakkan diri daripada melakukan perkara tidak berfaedah. Beliau mencadangkan agar kita menukar masa kepada masa yang produktif dengan menggunakan segala peluang yang ada.
Sebagai contoh, jika anda nak sangat membaca tetapi tidak mempunyai masa, dengarlah buku audio (audiobook) semasa perjalanan harian anda atau dengan membaca di dalam LRT atau pengangkutan awam semasa hendak ke tempat bekerja. Tidak pun, dengar semasa anda sedang berjoging atau bersenam.
Jika tak dapat buat semua jadual dan perkara tersebut, anda boleh la bercuti untuk tenangkan fikiran.
Bercuti merupakan waktu yang mungkin kelihatan tidak masuk akal untuk mereka yang ingin berjaya, tetapi penyelidikan saintifik dan juga kepercayaan beberapa orang yang paling berjaya di dunia, menunjukkan bahawa percutian berkala membuat seseorang itu lebih produktif.
Satu kajian menunjukkan bahawa apabila sedang bercuti, kita akan rasa tekanan kerja yang lebih rendah dan peningkatan produktiviti.
Jadi macam mana geng ? Boleh urus masa tak ?
#AiskrimPotong
#SeniorNakRoger
#Urusmasa
#Pelajar