Memang tidak dapat dinafikan. Banyak kenangan best masa belajar kat universiti dulu. Kat sini kita akan mula bergaul dengan macam-macam jenis manusia. Dan paling utama, mula belajar nak hidup berdikari. Bila dah bebas daripada jagaan orang tua, tak bermakna korang ada lesen nak berbelanja macam orang gila. Lagi-lagi yang belajar dengan pinjaman PTPTN. Dan kehidupan kat kolej pun, boleh tahan banyak pakai duit. Kalau dah tahu duit tak berapa nak banyak, tak payah nak berbelanja boros sangat, kan? Jom follow tips yang min share ni dibawah
#1: Bajet
Kalau korang pelan bajet dengan baik. kehidupan kat kolej pasti terjamin. Min tak salahkan korang nak bersuka-ria, tapi biar berpada-pada (dan tak usah cuba-cuba nak skip kuliah). Min rasa, tak ramai yang suka nak track balik segala perbelanjaan setiap kali gunakan duit, betul? Paling kurang, pastikan kita faham bab duit keluar masuk setiap bulan dengan baik.Katakan, duit elaun campur duit kerja sambilan korang adalah RM1,000 setiap bulan. Dan setiap bulan, korang dah sedia nak bank-in duit kat tuan rumah sebanyak RM350 (lepas dah bahagi sewa dengan kawan-kawan).
Itu tak campur lagi dengan:
bayaran utiliti = RM50,
barang dapur (student kuat makan) = RM100,
duit minyak motor = RM40,
duit belanja makan kat restoran (kadang-kadang) = RM50,
duit nak pergi berjimba = RM100.
Ambil tahu berapa bajet yang kita letakkan setiap bulan kat perkara macam ni.
Maknanya, tak payah kita simpan resit minyak dengan total RM69.01 (Tok cukup fail nak genapkan nombor ni masa isi minyak) secara teliti. Cukup kita tahu berapa bajet yang kita setkan setiap bulan dah memadai.
Baki pula, boleh simpan kat dalam bank dan kumpul biar banyak. Kalau ikut figure sebelum ni, kita ada lebihan sebanyak RM310. Simpan sekitar 10% – 15% (atau lebih) daripada nilai ini dan selagi tak sampai tahap terpaksa, elakkan guna duit ini ya.
#2: Belajar sistem kewangan yang mudah nak guna
Nak ikutkan, banyak maklumat ini yang boleh kita baca gunakan bantuan pakcik Google. Dan dalam banyak-banyak, Min sarankan pelajar gunakan sistem sampul surat
Dengan sistem ini, kita boleh setkan bajet perbelanjaan kita untuk setiap hari, minggu, atau bulan (bergantung kat keselesaan korang). Ia cuma perlukan sampul surat dan marker pen saja (pakai pen biasa pun boleh).
Katakan, kita dah tetapkan bajet untuk minyak kenderaan sebanyak RM100 sebulan, dan bajet barangan dapur sebanyak RM90. Ambil jumlah duit ini dan simpan dalam 2 sampul, yang masing-masing bertulis “barangan dapur” dan “minyak kereta” (simpan jumlah yang betul kat sampul yang betul ya).
Lepas tu, mula gunakan duit ini untuk bayar perbelanjaan untuk 2 perkara ini. Kita boleh gunakan duit ini sampai habis, tapi sekadar itu saja. Kalau habis, bermakna kita tak boleh berbelanja untuk sesuatu perkara, sehingga dapat elaun atau gaji baru.
Sistem ini bantu elakkan terlebih berbelanja dan hindarkan kita daripada berhutang tak tentu pasal. Bila kita tahu berapa banyak duit yang tinggal, ini akan buatkan kita lebih berhati-hati bila nak berbelanja.
#3 Duit Makan
Kalau nak cakap pasal duit makan ni, memang banyak tips yang boleh dikongsikan sebab duit makan ni akan mengambil lebih kurang 50% jumlah perbelanjaan bulanan anda. Mesti selalu dengar orang akan ingatkan anda untuk tidak menggunakan lebih daripada RM10 sehari jika nak berjimatkan? Tapi macamana? Ha, ni dia tips untuk menggunakan RM10 atau kurang.
Beli makanan dalam kampus! Janganlah nak cakap makanan dalam kampus tak sedap, bosanlah makanan yang sama je. Jika anda nak berjimat, makanan di kampus anda selalunya lebih murah berbanding makanan di luar. Untuk berjimat dengan berkesan, selalu bungkus makanan anda berbanding makan di sana. Kenapa? Sebab anda boleh membungkus makanan untuk makan tengahari dan makan malam dengan harga yang satu. Penuh polistirena anda dengan nasi, penuhkan je sebab mereka tidak akan mengenakan caj tambahan. Lepas tu bungkus lauk anda dengan plastik berasingan. Dengan melakukan ini, anda boleh membahagikan nasi dan lauk anda untuk makan tengahari dan makan malam. Anda juga boleh berkongsi makanan dengan rakan-rakan anda seperti roommate anda ataupun housemate anda.
Nak tips untuk mendapatkan harga yang murah? Dapatkan lauk sayuran! Anda boleh mendapatkan lebih banyak sayur dengan harga yang sama dengan seketul ayam. Anda juga perlu rajin berbual dengan mak cik pak cik di kafe/kantin. Mereka akan lebih baik dengan anda jika anda baik dengan mereka.
Selain itu, anda juga boleh berjimat dengan membeli nasi bujang, nasi lemak atau nasi ayam yang murah dalam kampus jika anda perlu makan di kampus. Jangan lupa untuk memesan air/ais kosong. Jika anda ingin minum teh ais atau milo, rajinkan diri untuk membuat sendiri kerana ianya lebih murah. Anda juga boleh memesan roti canai apabila anda memerlukan makanan yang murah dan mengenyangkan.
Sesiapa yang bertuah dan mempunyai periuk nasi di hostel atau bilik, gunakan periuk nasi itu dengan baik. Anda boleh berjimat dengan lebih jika anda memasak nasi sendiri berbanding membeli nasi. Anda juga boleh menggunakan periuk nasi dengan kreatif seperti memasak pasta sosej, mengoreng telur atau memasak maggi menggunakan periuk nasi.
Yang lagi bertuah siapa yang ada peti sejuk di hostel mereka? Lagi best jika ada dapur memasak!
#4: Mula belajar hidup secara ringkas
Bila cakap macam ni, min terus terbayang zaman telan Maggi Kari tengah malam dengan kawan-kawan (nak study dan tak ada duit punya pasal).
Tapi, kita akan pandang kisah silam ini sebagai satu kejayaan selepas ini. Sebab kita mula mengubah nasib kewangan kita dari awal. Tak usah terikut-ikut kawan yang berbelanja macam anak raja tu. Nasib kewangan kita adalah 100% tanggungjawab kita sendiri.
Dan siapa cakap kita tak banyak belajar walaupun hidup tak mewah masa kat kolej? Min rasa, banyak lagi kita boleh belajar dengan situasi ini berbanding bermewah-mewah. Takut bila susah nanti, tak reti nak buat apa-apa.
Bak kata Tuan Faizul Ridzuan:
“Best experience definitely came from pain and failure.”
Bukan tak boleh nak bersuka-ria. Kadang-kala, tak salah untuk kita buat. Hadiahkan diri dengan buat sesi futsal dengan kawan-kawan (bersukan), daripada berjimba merata-rata selepas penat menelaah.
Dan ia tak gunakan banyak duit pun. Siap bagi korang sihat walafiat lagi (Min doakan).
Kita pasti akan berterima kasih kat diri kita “yang lama” kalau mulakan tabiat kewangan ini sekarang. Min berani bagi gerenti kat korang.
#5: Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin
Apa lagi kelebihan terbaik yang seorang pelajar boleh gunakan? Dah tentu pelbagai diskaun dan tawaran khas untuk pelajar universiti.
Zaman min belajar dulu, tak pernah bayar mahal kalau teringin nak tengok wayang. Nak scaling gigi pun, min pergi kat fakulti perubatan UiTM Shah Alam tu je. Memang banyak duit boleh jimat.
Tambah pula, banyak pelajar yang dapat elaun buku (Baucar Buku 1Malaysia,KADS1M atau BB1M) dan macam-macam lagi elaun lain. Ini adalah kelebihan seorang pelajar yang tak hensem kalau kita bazirkan.
Daripada buku, ke laptop yang jadi barang ruji seorang pelajar universiti, terkesan dek kelebihan ni. Sebelum korang bayar harga runcit masa nak beli laptop baru, tanya dulu kalau-kalau ada tawaran khas untuk pelajar atau tak.
Dan ingat ya. Sentiasa bawa kad pelajar ke mana saja korang pergi. Hehe.
Siapa yang bertuah ni kena manfaatkan kemudahan yang ada. Rajin-rajinlah memasak dan beli bahan masakan dengan bijak. Banyakkan membeli sayur-sayuran lepas tu jika nak beli ayam, cuba untuk membeli pukul 8-10 kerana selalunya harga akan menjadi lebih murah.
#6 Elak gunakan kad kredit sehabis boleh
Boleh kata, kad kredit adalah devil in disguise untuk seorang pelajar universiti. Min ada seorang kawan yang ada kad kredit (tajaan PAMA – Papa dan Mama) masa belajar dulu. Kemain riang ria dia swipe kad itu sana-sini.
Kalau kaya, itu rezeki depa. Tapi bagi yang tak mampu, tak payah berangan nak apply sebiji. Selagi boleh, elakkan perkara ini berlaku tau. Dah lah lepas graduasi nanti dah confirm ada hutang PTPTN. Lagi gatal tangan nak tambah hutang lain?
Dan tak berbaloi bayar gunakan kad plastik ini berbanding tunai. Kadar faedah yang kita kena bayar tu, elok lagi kita gunakan buat belajar atau perkara lain, Lagi best kan?
Ini adalah perangkap kehidupan pemuda kotaraya kini. Kalau tak ada kad kredit, tak bergaya. Tak stylo, tak boleh nak berlagak kaya. Tapi last sekali, diri sendiri yang terseksa nak bayar balik.
Kalau betul-betul terpaksa pakai kad kredit, cari dulu yang ada tawaran yang baik beserta kadar faedah yang terendah dalam pasaran.
#7 Guna Telefon Pintar
Mesti 90% mahasiswa dan mahasiswi sekarang yang menggunakan telefon pintar kan? Guna telefon pintar anda dengan bijak, anda boleh memuat turun aplikasi seperti Money Manager untuk membuat catatan mengenai penggunaan harian anda supaya anda boleh memastikan anda tidak berbelanja lebih. Jangan je ada yang malas nak masukkan maklumat dalam aplikasi tersebut. Daripada asyik scroll kat Twitter dan Facebook, buka la apps tu sekali dua kali sehari untuk masukkan maklumat perbelanjaan anda. Anda juga boleh mencari aplikasi yang memberi diskaun seperti Fave, Eatigo, Manis dan aplikasi cashback yang boleh membantu anda untuk mengurangkan perbelanjaan anda.
Bukan telefon pintar je yang perlu menjadi pintar, anda juga perlu pintar menguruskan kewangan anda! Anda dah baca semua tips ni jadi gunakan tips ni!
#8 Duit Minyak/Tambang
Untuk sesiapa yang belajar di KL, gunakan pengangkutan awam yang ada dengan sebaik mungkin. Jangan asyik nak naik Grab/Uber je sebab mudah, guna apabila perlu sahaja ataupun semasa promosi (sekarang ada promosi!). Yang selalu menggunakan perkhidmatan bas dan LRT, anda boleh memohon kad RapidKL yang akan memberi potongan harga kepada anda sebagai seorang pelajar. Anda juga boleh menggunakan laman web RapidKL yang mempunya fungsi “Plan Your Journey” untuk mengetahui nombor bas dan LRT ataupun jika anda perlu berjalan kaki.
Untuk yang mempunyai kenderaan ataupun motorsikal, manfaatkan kenderaan dan motorsikal anda sebaik mungkin. Buat perbandingan antara pengangkutan awam ataupun kenderaan sendiri yang lebih mudah dan murah? Anda juga perlu mengambil kira faktor masa dan keselesaan semasa membuat pilihan. Buatlah pilihan yang bijak kerana harga minyak sekarang pun dah tak tentu, ada masa ianya lebih murah dan mudah untuk anda menggunakan kenderaan sendiri tetapi ada masanya harga minyak akan menjadi mahal dan menyusahkan anda.
#9 Duit Buku/Nota
Buku teks yang diperlukan bagi setiap semester memang agak mahal, apa lagi jika anda perlu membeli buku teks yang diimport. Harga dia mesti tersangat mahal. Saya faham perasaan itu. Untuk mengurangkan perbelanjaan buku setiap semester, cari senior yang ingin menjual buku mereka. Selalunya, ianya lebih murah jika anda membeli daripada senior berbanding dengan membeli buku baru. Jangan risau, beli buku dari senior ni tidak akan menyebabkan anda tidak dapat belajar disebabkan oleh buku buruk atau lain-lain lagi sebab. Bayangkan benda ni macam kat sekolah dahulu bila kita meminjam buku teks lepas tu kita perlu menggembalikan buku teks tersebut. Selain itu, anda juga boleh untuk fotostat buku yang diperlukan tapi pastikan pensyarah anda tidak kisah jika anda menggunakan buku teks fotostat. Anda juga boleh memeriksa silibus pembelajaran dahulu kemudian fotostat bahagian yang diperlukan sahaja. Dengan kaedah ini, anda boleh menggurangkan perbelanjaan buku anda. Anda juga boleh menjual semula buku anda kepada junior anda. Jika anda memang tak nak menggeluarkan satu sen pun, anda boleh meminjam buku teks dari perpustakaan!
Tips penting! Jangan jadi class rep! Sakit dia nak jadi class rep tu adalah bila pensyarah minta class rep untuk fotostat nota atau slides yang akan digunakan dan terpaksalah class rep ke kedai fotostat yang mungkin agak jauh kemudian mengeluarkan duit fotostat dari poket sendiri dahulu, tu pun tak tau lagi jika semua orang akan membayar class rep balik.
#10 Duit Lebih
Jika anda ingin mendapatkan duit lebih, anda boleh mendapatkan kerja sambilan dalam kampus seperti di kedai printing ataupun gerai makanan. Jika anda berani untuk mengambil risiko, anda boleh cuba untuk membuka bisnes online seperti menjual pakaian, kasut dan makeup. Yang lagi best adalah kerja dropship, personal shopper dan data entry. Anda juga perlu memanfaatkan telefon pintar anda dengan bijak, gunakan platform seperti Twitter dan Facebook untuk mencari kerja sambilan semasa hujung minggu ataupun mencari survery yang berbayar. Dengan kerja sambilan seperti ini, anda boleh mendapat RM80-100 sehari.
—–Tak logik nak cakap kehidupan kolej akan jadi lebih murah pada masa depan. Yang terbaik kita boleh buat, adalah sediakan diri dengan ilmu kewangan yang baik untuk elakkan sebarang masalah berlaku.
Dengan ilmu yang betul, ia pasti akan menjamin keselamatan duit kita kat kolej. Belajar hidup susah dulu, baru bersenang-senang kemudian.